Kehadapan Kak Ayu yang amat kami sayangi. Saat saya menulis karangan Bahasa Malaya ini genaplah 7 hari Kak Ayu telah sah bergelar seorang isteri.
Gambar ini, saya begitu manja lentok di bahu Kak Ayu. Dapat lagikah saya bermanja sebegitu? Sudikah lagi Kak Ayu pinjamkan bahu itu? Tentunya selepas ini orang yang lebih afdhal untuk singgah di bahu Kak ayu adalah Encik Hairul, sang suami. Bukan saya lagi.. *sambil dengar lagu sekadar dipinggiran*
Ini gambar kita di Citta Mall dua minggu sebelum Kak Ayu melangsungkan perkahwinan. Masa ni kita makan sedap-sedap. Tapi Minggu lepas Kak Ayu dapat makan beradab. Aaaaaa lagi best!

Lepas dari Cita Mall, kita sambung upacara malam ke i-city pula. Kita main benda ni, apa entah nama dia. Berpusing-pusing sampai pening. Tak menakutkan langsung, tapi layan.

Lepas tu kita naik ferris wheel yang ya ampun slow nyaaaaa dia bergerak. Itu pun Kak Batul agak meroyan juga la sampai terjerit-jerit. Padahal benda tu berputar slow sangat sampai rasa nak turun tolong putarkan. Ini view dari atas ferris wheel tu.

Lepas tu jalan-jalan dekat area pokok berlampu lip lap bagai.. Romantiknya kita! Sebenarnya kalau ikut sejarah kita ni boleh di kira Kak Long I-city juga la rasanya. Sebab berapa tahun lepas, sebelum I-city ni masih tanah lapang biasa dan tak se-mainstream sekarang, kita dah jadikan kawasan ni sebagai tempat rekreasi kita beramai-ramai. Wow aah la kita ialah Kak Long kawasan I-City. Kah kah kah
Tengok tu, di mana ada bahu Kak Ayu, di situ juga ada kepala saya menumpang kasih. Lepas ini bahu Kak Ayu hanya tinggal kenangan buat saya. *Sambil dengar lagu Jeffry Din, Kenanganku*

Bahagia saya tengok gambar ni walaupun ada sedikit rasa hiba melihatkan bahu Kak Ayu bukan tempat saya lagi lepas ni. Selama ni cuma saya yang lentok di bahu Kak Ayu, kini giliran Kak ayu pula melentokkan kepalanya diatas bahu Hairul Azrin, suami tercinta.
Eh apa la lentok bahu tu? Tak manja pun. Nah ambil ni gendong! Mampu? Phewittt!
Semoga kekal bahagia dunia wal akhirat. You two are one of the best couples I have ever seen, may Allah grant you a happy married life. Amin! Barakallah to both of you.
"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair."