Wednesday, February 29, 2012

Nurul Wonder Wardrobe ft OAG

Selepas hampir dua bulan menyiapkan Nurul Wonder Wardrobe (NWW) akhirnya pada tanggal 25 februari nafas dapat di hela dengan lega apabila majlis pembukaan secara rasmi telah berjalan dengan baik dan lancar, Alhamdulillah. Majlis bermula pukul 9 malam, dimulai dengan kata-kata aluan dan bacaan doa dari ayahanda tercinta. Keserabutan dan kesesakan untuk berfikir bagi menyiapkan majlis telah menyebabkan kami terlupa untuk merakam detik-detik best malam itu. Maka untuk entry ini kebanyakan gambar adalah di ambil dari orang. Credit to Jiha, Suri & Yana.

Sorry Yana i curi gambar ni. Hihi

Look who's back!! Its Radhi OAG!!!!!!!!

Dihidangkan lagu-lagu OAG seperti merDAYka, Generasiku, Slumber, Akustatik, Si Pengasih Muda, Senyuman Ragamu & 60 tv.

Para hadirin dan hadirat.

Jayzuan dan rakan-rakan yang telah meng-havoc-kan keadaan.



Radhi so briskly energetic as usual. A truly great performer!

Big thanks to Radhi, Azzam, Afig, Nazrin & Azmeer. I really can't say thank you enough for making that night so memorable. Teruskan berkarya dan bermusik, my thoughts and prayers go out to you guys!

And thanks to kawan-kawan yang terlalu banyak untuk di nama kan satu persatu, dan semua yang hadir, terima kaseh banyak-banyak.

May Allah bless you!

And to Nadia Huda & Melissa Faeka yang rajin membantu dari petang sampai lah ke malam thank you sooo much! I tweet nak minta siapa-siapa tolong sebab tak cukup kaki tangan, and dorang berdua lah yang sedia membantu dari iron baju sampai menyediakan finger food walaupun sebelum ni memang tak pernah jumpa langsung. You guys are truly amazing. I love you so muchhh!!!!

Dan ayah yang ada urusan kerja di Sabah lepas tu ke Medan Indonesia tapi tetap mencuri masa untuk singgah ke sini untuk sama-sama menjayakan majlis, terima kasih ayah!

Selesai majlis. Semua tulang belakang di sebalik Nurul Wonder Wardrobe. Comelnya mak di tepi tu. Hihi

Say cheese!
Radhi yang kelihatan 20 tahun selamanya.


Special thanks untuk Amin yang menyiapkan hampir 50% isi Nurul Wonder Wardrobe, dengan segala hasil kayu, besi, sampai la cookies untuk doorgift Amin jugak la yang buat. And thanks untuk Jojon yang siang malam gigih pasang lampu dan kipas yang banyak sangat nak di pasang di boutique tu, terima kasih banyak-banyak. And untuk Bop Sopan & Achek yang menyiapkan wall mural sehari suntuk thanks sangat-sangat! I probably missed beberapa nama but you know who you are! And i mean every single soul that helped us dari awal hingga akhir majlis cuma Allah dapat membalas jasa budi baik kalian semua.

Dan teruskan menyokong Nurul Wonder Wardrobe ya! Pintu sentiasa terbuka untuk anda semua, come visit our shop at Alam Avenue section 16, Shah Alam.

Like us on Facebook
LinkFollow us on Twitter


Wednesday, February 22, 2012

Launching Teaser - Nurul Wonder Wardrobe


Video by : BokehBokeh

Can't wait to see you all there!



With love,
Nurul

Friday, February 17, 2012

Nurul Wonder Wardrobe


بسم الله الرحمن الرحيم

"Kalaulah saya punya butik sendiri.." Ungkapan yang selalu saya impikan. Tapi sekadar angan-angan la.. Yes you may say I'm a dreamer, but I'm not the only one kan? Hehe so yeah we’ve been dreaming of it for a long time and finally our dream has come true. All praises to Allah, Alhamdulillah!

And hey! Have you heard the good news? You are cordially invited to the official opening ceremony and launching of Nurul Wonder Wardrobe!

(Click to enlarge)

Where?

A6-2, 2, Jalan Serai Wangi F 16/F, Seksyen 16, 40200 Shah Alam

Date/time?
25 feb 2012 (Saturday) - 8.30pm-11.00 pm

And yeaaah look who's back?
Special acoustic performance : Old Automatic Garbage (OAG)


(Click to enlarge)

Kawasan ni adalah satu kawasan baru bertempat di Alam Avenue. Betul-betul berada di kawasan sebelum ke area Padang Jawa. Landmark lokasi ialah Restoran Ayzas, 7-Eleven & RHB Easy. Hope the map would be sufficient and clear enough to get you there.

FB page Nurul Wonder Wardrobe
and RSVP your attendance here
Launching of Nurul Wonder Wardrobe


Come and share this moment of excitement with us. See you there!



Tuesday, February 14, 2012

Catatan Penang

Awal pagi jumaat minggu lepas selamat mendarat di Penang. Sampai-sampai Penang terus menuju ke UiTM Merbok menaiki van UiTM yang dah disediakan. Terima kasih UiTM! UiTM di hati ku.. Eh tiba-tiba. Okay cerita untuk UiTM Merbok nanti dulu. Kita cerita pasal Penang dulu ya. Yang ni adalah cerita selepas program di UiTM dah selesai. Flight balik KL waktu malam, jadi sisa waktu siang yang ada telah dibelanja dengan sebaik-baiknya di Penang.

Sampai Penang tempat pertama yang di pijak ialah di Queensbay Mall. Masa tu otak dan badan belum berfungsi dengan baik. Jadi cuma singgah beberapa kedai, lepas tu cari makan untuk sarapan pagi. Ni la yang tak syok bila sakit tapi nak berjalan, nak berjalan tapi sakit. Mula-mula macam nak cancel berjalan sebab badan ni tak mampu dah untuk meneruskan langkah kaki. Kiranya tunggu je la flight malam tu duduk diam-diam dekat Penang. Tapi bila fikir balik, RUGI! RUGI! Lepas makan sikit, minum sikit, kumpul semangat sikit, maka perjalanan pun diteruskan. Haa lagu ni laaa!

Ceq dah mai! Cergas dah! Masa ni dekat area Queensbay Mall lagi. Tengah cari sesiapa yang boleh bawa jalan dekat Penang ni. Akhirnya jumpa teksi yang boleh bawa jalan sekitar Penang ni dengan harga sejam RM 30. Murah la tu kan?

"Pi minum dulu lah basah kan tekak hang dah kering sangat tu, pastu boleh ambik gambaq sekali.." Haaa betapa prihatinnya pakcik dekat Penang ni dia dengar kita batuk-batuk tak berhenti, last-last dia berhenti dekat tepi jalan suruh singgah minum. Terharuu!

Lepas melalaui jalan yang bersimpang siur akhirnya sampai juga ke Hard Rock Penang. A place that you shouldn’t miss out!


Eh nuruul.. Awak tak larat pun nak bawak lari benda tu.

Haa duduk elok-elok..



Melewaq sat dekat Rock Shop.

Guitarrrr

Untuk di jual. Tapi tak letak harga, ni mesti sebab harga beribu-ribu lemon.

Get your Hard Rock merchandise at the Rock Shop! Ada badges, pins, lanyards, mugs, caps, t-shirts dan banyak lagi *bunyi iklan*

Okay, lepas dari Hard Rock jalan sikit dekat depan tu ada satu kawasan pantai. Dalam plan memang nak singgah pantai tu, tapi plan bertukar bila terjumpa tempat ni.. Tempat ni macam satu kawasan rumah yang penuh dengan Islamic Quotes. Dari pagar, pokok, motor, helmet, beca, dinding eh pendek kata semuanya penuh dengan petikan-petikan agama dan kerohanian.

Very cool, isn't it?

Lepas dari Batu Feringghi singgah pula ke Masjid Terapung, Tanjung Bunga.

Side view. Cantik kan? New inspiration for Islamic architecture.

Another popular tourist attraction in Penang. Pakcik yang bawa jalan-jalan tu tanya, nak tengok patung buddha tidoq tak? Haa mestilah nak! Maka sampai la ke Thai Buddhist Temple di mana ia juga turut dikenali sebagai Sleeping Buddha Temple.

Tu dia Sleeping Buddha di belakang saya. Ngantuk ye.. hehe

Masa ni dalam perjalanan ke Padang Kota nak pekena pasemboq sat. Tapi sesaknya jalan mak aih! Ada event apa entah. Maka tak ada la rezeki nak ber-pasemboq dekat sana.

Kerana masa itu emas, jadi cuba pasemboq dekat Area Sungai Nibong pun tak apa la walaupun semua orang suruh try pasemboq padang kota. Kita nak mengejar masa, jadi tak sempat nak mengada-ngada dah. Sambar je la apa yang ada.

Asalkan sempat rasa dari tak merasa. Ye dak? Sedap pun sedap. Ceh sedap konon padahal ceq tak reti makan pasemboq, tak tau beza sedap atau tak. Janji makan, dah cukup.

Time is running outtt! Tunggu ceq!

Bayan Lepas International Airport. Aaaaaaaa im not ready for goodbye! But hey hey Penang, awak awesome! Sumpah saya nak datang lagi!

Wednesday, February 8, 2012

Haru haru biru..

Another little update. Assalamulaikum... Hi! Sihat tak? Saya sakit tak sihat-sihat.. Dah nak sebulan lebih batuk tak habis-habis lagi ni. Berjenis ubat batuk dah minum, dah telan. Tapi kondisi masih sama. Dan piala untuk anugerah batuk paling bising sedunia pun dah boleh la serah dekat saya ya? Batuk tu dah la kuat, lepas tu bila dekat public lagi la teruk, mesti dalam hati semua orang, please la stop UHUKUHUKUHUK! Urghhhh I'm begging you! Hmm malunya, literally ruined my life and completely ruined my health. Tapi tak apa la, esok lusa harap-harap sembuh la. Mohon dengan sangat! Doakan ya? So yaaaa hari ni saya rasa sungguh biru!














credit:
Blue Chiffon Pallazo & Vintage Scarf by
Lawa-Lawa



Oh kejap ada soalan paling susah di dunia untuk dijawab.

Roses are red. Violets are .... ?