Friday, January 27, 2012

Jeffrey Teo

Kehadapan, Jeffrey Teo. Bagaimana dengan sambutan tahun baru cina awak? Adakah meriah atau suam-suam kuku? Tahun lepas saya pernah mintak limau tapi awak tak kasi, tahun ni saya nak mintak lagi. Tapi terserah awak la nak kasi atau tak. Bukannya mintak ang pau pun kan? Limau je pun. Okay la tak nak kasi pun tak pe la Jeff, takkan nak paksa HEY JEFFREY KASI SAYA LIMAU 2 BIJI KALAU TAK NAK LEBAM 2 BIJI MATA! Tak pasal-pasal awak buat report polis nanti. Tak apa la esok saya pergi Tesco beli sekotak...

Sebenarnya entry ini saya dedikasikan khas buat awak! Eh kenapa? Haa sebabnya saya nak tunjukkan betapa saya pun sambut tahun baru cina juga. Yeaay!

Tengok! Saya punya lagi meriah dengan tanglung bersepah sana-sini.

Saya hitam dan tak ada darah cina, tapi saya begitu gembira sekali menyambutnya walaupun seorang diri. Syok sendiri sangat.

Saya pulak beriya kan? Haha so Jeffrey Teo, gong xi fa cai to you and your family. May the year of dragon (banyak onggg ah?) brings to you and your family good health, love, happiness and prosperity. Itu ang pau kumpul banyak-banyak, nanti boleh bikin belanja cream puff dekat Restoran Bawang Kecik. Huuuu rindunya kita selalu lepak sana duluuuu. Okay la. Bye Jeffrey. Take care.


Yang terlalu benar,
Nurul



Monday, January 23, 2012

reflection 2012

A hip fashion event that gives back to charity in style. The event was held at BlackBox, Solaris Dutamas on 15th January 2012.

I came as one of the designers vip guest, a very big thanksss to Jezmine from Old Blossom Box!! Yeaay!

The runaway

Fresh and colorful collection by Old Blossom Box

Hardworking woman an inspiration to all, Jezmine Zaidan.



One of my personal favorites by Ammara Hijabi. Simply elegant! Kalau kahwin nanti pakai dress ni pun okay. I WANTTTTT!

Breezy caftan dress. Kosong je tapi effortlessly stunning. Okay yang ni pakai masa bertunang. Hahah

Really love the look of this model. Muka dia ada iras Agnes Monica sikit. Cantikk! Itulah dia pujian dari perempuan kepada perempuan.

Selalu macam sama tinggi, hari tu i tinggi sikit dari Jezmine. Haha terima kasih kasut tinggi.

Inarovi from hijabers community Indonesia

Kalau jumpa budak ni rasa nak bergaduh je. Tu la jadinya bila mak nenek bertemu mak nenek. Tapi sebenarnya awak, kita rindu awak lah. Masa baru nak masuk tu awak kejar kita kan, lepas tu kiss tiga kali kan. Padahal awak busy dekat backstage. Comelnya awak ni. Okay la malas nak cakap lagi takut awak kembang. Bye.

Aisyah, Eyqa & Fara.

Me, Hana Tajima & my lovely dovey sister. Dia lah the happiest person on earth hari tu. Habis event tu terus hantar dia pergi KLIA express kejar flight balik sabah. Miss you :(

Two is better than one :)

What I wore, Dubai black abaya & Maysaa chiffon snood.

Blacky me!


Wednesday, January 18, 2012

Fashion meets culture

The tribal trend. Definitely one of my favorite trends. Bila waktu tribal trend sedang "IN" semula nampak baju tribal nak, nampak shawl tribal nak, semua pun nak.

Dan bila ada bag corak tribal macam ni, tak kan tak nak? Nak la!

Bag is always be complementary of fashion style that never dies. Dan sekali lagi Clubmod tidak pernah mengecewakan para penggemarnya. Ethnic print bucket bag yang sedang saya galas tersebut adalah keluaran baru dari thisisclubmod.

Tribal bags are hot and they are turning up everywhere! Jadi belum terlambat untuk kita bersama-sama meng-tribal-kan diri dengan mendapatkan bag yang rare ni dari Clubmod. Okay bag ni santai dan mudah di bawa ke sana ke mari dengan riang ria gembira plus the bucket shape of the bag telah membuatkan camera sebesar alam pun muat masuk ke dalam bag. Nah! Cool kan? Macam Mat Kool, Mat Kool kawanku..

Pair this bag with a solid color maxi dress for the perfect look!


credit :
Clubmod/Facebook
This is clubmod



Wednesday, January 11, 2012

Pantai

Cuma RM 5 lengkap lah set jagung dan kacang rebus untuk dinikmati sambil melihat pantai yang tak pernah sakit hati biar di hempas ombak berjuta kali. Kalau lah hidup kita ni memang menghadap pantai sepanjang masa kan bagus? Sunway, the curve atau klcc mesti tak terpandang lagi. Unfortunately, you can’t live your life on the beach, sebab orang kata kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Eh tak ada kena mengena.











Macam mana pun keadaan panas matahari di pantai atau awan mendung selepas hujan, there is something about being on the beach that makes us all feel alive! Kalau di sabah, pantai yang saya cinta dan tak akan pernah jemu bercinta semestinya di pantai Tanjung Aru.
The hot sun blazing down and
the soft sand always stimulate my senses and get the blood flowing! Tenang yang amat, macam mana lah tak cinta. Haaa..




Monday, January 9, 2012

Terukir di bintang..


"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia.."

Antara bait-bait indah lirik dari lagu baru yuna, terukir di bintang. Masa mula-mula dengar lagu ni, cuma layan irama klasiknya yang merdu dan khayal. Tapi bila dengar berulang-ulang dan cuba faham maksud isinya, di sana baru nikmat lagu ini membawa rasa terbuai. Oh yang pergi showcase dia semalam tahniah lah sebab buat diri ini jadi resah gelisah. Dan di saat tangan ini menaip, lagu ini masih berkumandang menjadi halwa telinga untuk ke sekian kalinya. Terbuai lagi..




Credit
Photo by Saifuddin Isa
Mustard Polka Dots Blazer by Lawa-Lawa

Tuesday, January 3, 2012

SS

Entah kenapa seperti satu habit bila berada di dalam kereta saja tangan ini seperti telah dihipnotis untuk mencapai hand phone dan ambil gambar sendiri. Dan ketika tangan ini gigih menjadi photographer untuk diri sendiri ayah yang duduk di sebelah tiba-tiba meluahkan perasaannya.

"Mana lah cantik ambil gambar seorang diri, ambil gambar dengan ayah sekali baru lah.."



Ye ayah bila bergambar berdua macam ni baru lah.. saya tak macam syok sendiri. HAHAHA BYE!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone