Sedar tak sedar minggu ni ialah minggu terakhir untuk tahun 2011. Macam baru semalam sambut new year di the curve dengan Nas, Ikim, Memey & Zed. Can't believe how time flies so fast. Tiba-tiba dah nak 2012. Yang pasti setiap tahun ada saja kisahnya. Manis, pahit, tawar, itu akan ada. Lari macam mana pun, dia kejar juga. Tentu sekali sebagai manusia melalui benda yang berat dan sesak itu memerlukan satu kesabaran. Ya I've been through so many ups and downs, terlalu banyak. Tapi teruk macam mana pun, mahu atau tidak, terpaksa telan juga. Pesan ayah.. "Damaikan hati, jalani apa adanya.."
Okay lah kenapa intro macam sedih dan sentimental? HAHAHAHAHA *ambil mood* sebetulnya mengingati benda yang manis lebih besar faedahnya. Jadi untuk menjadikan entry ini besar faedahnya kepada saya dan anda semua maka saya nak kongsi benda-benda manis sepanjang 2011.
Kita mulakan dengan So You Think You Can Style Challenge, jointly organised by Parkson & Tongue in Chic. Dan ini kami satu team. Two stylists and one model.

Tak dapat top 3, tapi happy beramai-ramai! Just alot of fun with no expectations. Yay!

Yang ni pula Old Blossom Prelove Party! Big big thanks to Jezmine!!! So happy to be a part of this wonderful family! Kalau bukan kerana OBB Prelove Party ni, tak akan boleh kenal baik dengan Riqa. Sebab selama ni dia cakap Nurul ni nampak macam sombong. Jadi tak pernah bertegur sapa sebelum ni walaupun beberapa kali dah jumpa. Hahaha betul la orang kata, tak kenal maka tak cinta!

Dan yang ini ialah perkara bodoh pernah saya lakukan iaitu dengan tidak mengendahkan email yang masuk di peti inbox saya. Walaupun bodoh tapi manis.. walaupun terlepas baca email tu, dan terlepas jemputan tu, ia masih benda yang manis. Tak pernah terfikir pun akan dapat email dari Hana Tajima. Siapa lah saya untuk kewujudan disedari. Eh sedihnya bunyi.. Agak-agak Hana Tajima guna google translate ke baca blog ni? Hmm haha
it was a missed opportunity sebenarnya, but there will always be a next time kan..

And.... Tadaaaaaaa! Luncheon session at Alexis Gardens with
Hana Tajima. Finally!

Dan yang ini antara yang ter-manis dan ter-mmuuuuah di hati! Blog ni, ye blog yang awak sedang baca ni listed in 50 Blog Malaysia Pilihan InTrend 2011. Gembiranya bila orang ucap tahniah, tahniah, tapi kita macam TAHNIAH UNTUK APA? Sendiri tak tahu, lepas tu bila orang beritahu terus teruja cari Intrend dan buka halaman tersebut dengan senyum melebar Ya Allah sampai telinga.

Lain perasaan bila benda yang kita tak pernah jangka, kita tak pernah minta, tapi jadi. Perasan tu lebih manis dari MANISNYA KURMA INI? Okay tak kelakar.

Kakak ku di ambil orang..Akhirnya! Dia sah bergelar isteri. Awak gembira, orang di sekeliling awak juga gembira.

Maka, teruskan gembira tersebut sampai bila-bila. Sampai jadi ibu, sampai jadi nenek, mesti gembira bersama! Amin Ya Rabbal Alamin!

Hmm ini! Ini bukan saja manis tapi gila. Meredah sesak manusia, merayu-rayu dengan pakcik berkuasa, akhirnya dapat juga jumpa empat mata..

Yaa! Ini dia! Kekasih lama ku. Okay itu dusta. Haih haih! Manis hingga lidah terkelu hilang kata-kata.

Dan ini sememangnya paling manis.

.
Masa ni di MCPA Hall untuk majlis pelancaran Bersih 2. Perasaan ketika ini di bawa ke 9 Julai 2011.

Tarikh 9 Julai 2011 yang akan di ingati sampai ke mati.

Di kejar hingga terjatuh kecundang, disimbah gas pemedih mata hingga untuk beberapa ketika hilang penglihatan, disembur sebuah semburan yang menyesakkan pernafasan hingga mati di jalan raya, namun bingkas bangun untuk hidup semula. Ini kami semua, yang di cabul hak bersuara. Tapi masih gembira. Say cheese!!!

History of revolutions! Ini baru namanya a walk to remember.

Cinta sememangnya manis! Namun cinta yang ada ikatan ke arah perkahwinan akan jadi lebih manis. Dan kali ini, turn kak ayu pula melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasih hati. Tahniah kak ayu! Tak sabar untuk besama di saat gembira atas pelaminan nanti!

Kelihatan seperti anak-anak yang kurang kasih sayang namun amat bahagia melihat orang lain berbahagia.. Barakallah!

Yang ini pula ketika umur saya menginjak 21 tahun. Saat ini manisnya seperti gula-gula!

Tak terucap dengan kata-kata cuma mampu kata syukur Alhamdulillah!

Terima kasih untuk semua yang datang dan mendoakan. Mmuaaaaah!

Dan yang ini juga saya kira amat manis. Saya pergi ke Boco, formerly known as Hari Bintang Jatuh. Pergi sendiri. Sejak bila saya berdikari ni? Sampai sana pandai-pandai bawa diri. Nasib la ada Aifaa yang awal-awal dah BBM ajak datang. Dan nadia juga ada datang walau cuma sebentar.


Boco 2011 ini saya klasifikasikan sebagai antara penutup 2011 yang saya akan ingati. Saya tak tahu nak bubuh ayat apa, tapi banyak benda dicedok dari sana. Dari lagu, ucapan yang cuma beberapa patah dan tentunya bait-bait puisi yang disampaikan sangat memberi kesan pada jiwa.
Baiklah mungkin ada beberapa perkara yang tidak saya coretkan di sini, tapi kalau semua nak cerita mual pulak awak semua nanti. Tapi ini antaranya lah. Semua baik atau buruk di tahun 2011 ni akan di kenang, di simpan dalam-dalam. Semoga setiap tahun yang mendatang menjadi tahun yang lebih baik untuk saya, awak, kau, aku, mereka dan kita semua. Amin! Amin! Amin!