Wednesday, November 30, 2011

Syareena, selamanya dirindui.


Kehadapan tuhan,
Atas Cinta-Mu dan Kekuasaan-Mu, kami akur.
Syareena sahabat kami telah kau panggil untuk pergi.

Tuhan,
Menerima kenyataan ini amat berat.
Namun yang pasti kematian adalah hakikat.
Syareena yang kami kenali amat baik tutur katanya serta lembut santunnya.
Bahkan beberapa detik sebelum akhir hayatnya,
senyuman masih mampu di ikhlaskannya.
Walau perit, walau sakit.

Tuhan,
Kau maha mendengar dan kau maha penyayang.
Kami tak punya apa-apa untuk Syareena.
Cuma ingatan serta doa mengiringi perjalanannya ke sana.
Pada-Mu kami mohon agar kau ampuni segala dosanya dan tempatkan lah dia di syurga.
Kerana kau juga lah yang berkuasa dan berhak ke atas segalanya.

Tuhan,
Kesihatan, kebahagiaan mahu pun kematian adalah kehendak-Mu.
Kau temukan kami, kau juga yang memisahkan kami.
Terima kasih Ya Tuhan kau pinjamkan Syareena kepada kami walau cuma sebentar.
Sesungguhnya kami semua adalah milik-Mu,
Dan kepada-Mu juga kami akan kembali.
Pasti.


Syareena,
pemergianmu ditangisi.
Bukan tidak meredhai tapi kerana pergi mu tiada ganti.
Semoga baik-baik ya di sana.
Kami semua tak akan putus doa.
Sayang dan rindu akan tetap selamanya.



Syareena Azman
10 November 1989-28 November 2011
Al-Fatihah


Friday, November 25, 2011

Lawa-Lawa lah!

Semestinya menjadi seorang perempuan perkataan yang acap kali di sebut jika mata dah tertarik dan terpesona pada sesuatu benda pasti bunyinya HMMM YANG NI LAWA TAK? EH LAWA LAH! ISH LAWA GILA! ALAHAI LAWA NYA! Betul tak? Okay kalau tak betul sorry.

Tengok tu? Lawa lah! Skirt lawa! Palazzo lawa!

Dress lawa! Tops lawa!

Eh apa benda ni semua lawa! Haa nak tahu tak kenapa? Sebab semua yang lawa-lawa ni ada di Lawa-Lawa Boutique! Sesuai dengan nama, semua yang ada di boutique lawa-lawa tentulah semuanya lawa! Kalau tak percaya, kena la pergi boutique dulu okay? For more info about Lawa-Lawa click here; Lawa-Lawa (FB page)


Dan ada berita baik untuk anda semua! Yeaaaah ramai-ramai! On saturday 26th November 2011, from 3-6 pm will be the official launch party for Lawa-Lawa. And yes you are all cordially invited!! Datang ramai-ramai bawa kawan, kakak, adik, jiran sebelah pun tak apa bawa sekali.


And here's the map to the location. Click gambar untuk lebih jelas.

Oh btw, reply your RSVP here
Lawa-Lawa ; the launching day
It's gonna be a great time! See you guys thereeee!!


P/S: Hmm apa perkataan yang rasanya lebih 50 kali sebut dalam entry ni ya?

Wednesday, November 23, 2011

Pumped up bags!

Jadi ini ialah my first proper photoshoot bersama Clubmod. Rasa senang di beri kebebasan untuk pose macam mana sekalipun selagi selesa, its up to you! No pressure!

Dan sesungguhnya di sebalik setiap gambar, pasti ada tulang belakang. Photographer yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan jayanya pada hari itu ialah Ikmal Ibrahim. Dia sangat relax, helpful and such a joy to work with! And to Clubmod, Izyan, and Izaldin thanks for the opportunity. We make a fantastic team! :)

The results? Simply excellent. He knows how to capture the best angles and views. Saya yang pendek ni pun kelihatan tinggi macam Kimora Lee. Ehh over pulak! Haha








Ketika tengok semua gambar di atas ni pastikan mata tertumpu pada bag! Cantik kan? Nak tengok lagi?

Click!

Friday, November 18, 2011

Selamanya 21

Hye assalamualaikum. Lama tak update blog. Rindu tak? *bunyi retis* hahahahaha! Okay tak kelakar. Hmm hmmm.. I know I haven’t posted anything for the past days but hey saya ada cerita nak kongsi. Waktu saya menulis untuk entry ni umur saya dah pun mencecah dua puluh satu tahun. Dah besar rupanya! Okay fine, fizikal tak pernah membesar. Tapi kalau ikut umur saya memang dah besar! Akhirnya saya dah 21 ya! Dah lama saya tunggu umur ni, umur di mana saya dah boleh jalankan tanggungjawab sebagai rakyat dan sah bergelar pengundi. Ingat tak lagu yang kena ban "Undilah" namawee dengan afdlin shauki tu? "DER! DER! DER! LU KATA LU SAYANG NEGARA TAPI SEKALI MENGUNDI PUN TAK DE". Tak pasal-pasal sentap dengar lagu tu. Sebab tu bila dah cecah je 21 terus bersemangat waja pergi kaunter SPR. Dan akhirnya saya dah sah mendaftar sebagai pengundi. Yeay next election pls!

Saat umur ni mencecah 21 tahun macam-macam benda yang mangharukan jadi. Mula-mula saya dapat call dari private number katanya nak hantar bunga. Okay panggil lah saya lame ke pathetic ke tapi betul, menggeletar juga satu badan ni sebab pelik siapa yang terlampau comel nak kasi bunga ni? Sampai rumah dah ada kereta Myvi tunggu dengan jambangan bunga, lepas tu bila tanya dari siapa, dia jawab SAYA TAK TAU LA KAK, SAYA KERJA JE. Bila bukak kad yang terselit dalam bunga tu Ya Allah rasa nak menangis! Dari Mariam rupanya! Terharunya how come dia yang dekat aussie boleh buat semua benda ni. Tolonglah kawan saya ni harus diiktiraf kawan termanis di dunia! Lepas tu lepas tuu.. dapat cake chocolate dari ana, lepas tu dapat cheese cake lagi dari ahmad zamir.. aaaaaa saya kekenyangan makan kek. Apa pun terima kasih ya! Sayang semuanyaaa..

Dan pada 12 november 2011 sedikit majlis telah diadakan di Gravy Baby seksyen 13, shah alam. Oh dan itu kakak saya, dia sampaikan puisi yang dihantar dari ayah untuk saya malam itu. Terima kasih ayah! Dan mak saya paling comel, malam tu mak tak nak join sebab dia kata tak ada orang tua nanti bosan, tapi dia sempat bagi hadiah. Tahu apa? Buku amalan doa-doa. Awww too sweet la mak kita ni. Hehe saya faham mesej yang cuba disampaikan. Lepas ni kena banyakkan amalan kan mak? Amin.

Shout out to Nadia Rustham and Shahir yang sudi datang malam tu! Thank you so much for such a lovely performance! Things won't be so amazing without your great voice!
A very great applause for you! Love love love!

Aaahhh dan saya pun menyibuk menyanyi juga. Boo boo! haha


Eee..eee kita malu-malu tengok cake ni.
Lilin terpadam sendiri! Magic dari kipas! Hahahah
Six beautiful layers of colour! Super yummy! Ini noy, kakak saudara kesayangan yang ter-mmuaaah di hati! Terbang jauh dari kota kinabalu. I hadn’t been expecting it at all, so it was kind of a nice surprised! Patutlah sehari sebelum birthday tu ada BBM dia, tapi dia reply sebijik-sebijik macam kita ada buat salah pulak. Rupanyaa... hehehe thank you noy!
suri
Izni
Memey & Ikim
Gilaaaa tengok gambar ni! Macam sott! hahaShea, me, jezmine, suri & nani
Kenapa suri dan nani lagi tinggi dalam gambar ni? Oh ye la sebab saya memang pendek. Hihihi

Yang paling kanan sekali ialah mastermind untuk majlis malam tu. Dari A-Z dia yang handle. Mucho gracias kakak! You know I owe you a lot!!!
Thanks for all the birthday blessings through facebook, twitter, text message and call. Untuk saya membalas tiap persatu itu semuanya adalah di luar kudrat. Apa pun juga terima kasih untuk segalanya!

So to everyone who has made me who I am today, THANK YOU! I'm lucky to be surrounded by so many great people, Alhamdulillah! Thanks for all the fun times, and being with me when life gets hard. I cherish every moment with you all, 20 years gone, I’m looking forward to the next 50 years of love, excitement, friendships, success and fun! Bring it on!

Dan ini ada beberapa video malam tu..


Tahu lagu baby baby baby oh?? So yah ini lain sikit, nadia ada melodi sendiri. Lagi cute!


Oh dan terima lah sumbangan ikhlas dari saya juga. Haha kami amateur, jadi kalau memang ke laut jangan marah ya! Enjoy!


Monday, November 7, 2011

Lavender & Daisy


My eid adha outfit idea. What do you think? Yellow and purple. It sounds weird. But actually all colors go well with one another if you mix them correctly. Am i right? So lets rock the block!
Love it or leave it?


Tuesday, November 1, 2011

November, saya cinta kamu.

Hari tu balik Sabah bukan setakat pergi bercuti saja tapi sempat hadirkan diri ke majlis kahwin. Hmm macam pakej! Majlisnya telah berlangsung di Le Meredian Hotel, Kota Kinabalu.
Ohhh ayah saya pandai control macho. Dia tau tu dia termasuk dalam camera, posing dari tepi pun tak apa. Cute!
Sesungguhnya juadah yang tersedia di setiap majlis perkahwinan tak dapat di sangkal kesedapannya. Jaja & adet begitu khusyuk menikmati makanan sehingga bertukar menjadi sombong pandang camera pun tak nak! Heh!
Di sini saya ada rahsia. Rahsia yang cuma kita-kita saja perlu tahu okay? Kek tu, nampak kek tu? Manisnya, lemaknya, kejunya, coklatnya, semua terasa CUKUP SEMPURNA! Oh rahsianya ialah kek ini telah di "tapau" bawa balik sebab sedap sangat tak terhingga. HA HA HA HA! Tak malu? Biarlah.
Kami pun tak nak kalah, nak juga naik pelamin. Selamat pengantin baruuuu! To Haz & Rina, wishing you a wonderful beginning on the journey to a lifetime of love love love! Congratulations and Barakallah.
Gambar ramai-ramai tu di kira harus.
Sebenarnya saya amat bertuah di kurnia tuhan seorang kawan yang bernama Mariam. Sejak sekolah rendah, Mariam suka belikan barang-barang kegemaran saya. Contohnya masa kecil dulu saya fan habis dengan Winnie The Pooh. Maka banyak la barangan Winnie The Pooh yang dia beli untuk saya. Lepas tu Masa sekolah menengah saya minat kumpul candle pula. Lepas tu banyak la candle wangi mariam beli untuk saya. Tiap minggu bagi hadiah. Bukankah saya bertuah punya kawan sebaik dia? Dan bila sudah meningkat dewasa, mariam jauh di Aussie. Mungkin melalui blog, dia tahu kawannya ni suka melaram. Bila dia balik Malaysia ada lagi hadiah berpasang-pasang skirt dan dress dia beli. Dan yang paling mengharukan baru-baru ini saya dapat hadiah clutch yang di hantar melalui pos direct dari UK. Ya Allah harus bilang apa lagi? Kawan saya ni ialah kawan yang termanis di dunia.
Hi Mariam! Aku sudah bergaya berabis dengan ini pink metalic clutch! Semua macik-macik sama datin-datin menjeling suda sebab ini clutch paling manang.. Terima kasih ya untuk clutch yang cantik ni. Mesti sebab bisnes kau di Kampung Air maju kan? HAHAHAHA palui! Thanks ya Mariam! I love you mmuaaah! *si pendek cium*
Dan baju yang saya pakai hari tu adalah dari SputnikSweetheart. Wheeee!
Orang nak bergambar berdua dengan ayah tapi kakak saya ni macam menyibuk la. Nasib ayah ku ayah mu juga.
Hihihihihihihihihi *sebab tak tau nak cakap apa*
Apa yang saya cuba buat dekat mata tu ya? Peace macam tak peace. Ish gilaaa..