Bayangkan dari kecik ya, DARI KECIK! Umur baru 10 tahun, budak darjah 4, balik sekolah agama jalan kaki dengan kawan rapat dia tiap hari nyanyi lagu sheila on 7 langsung tak hirau perasaan orang lain di jalanan. Langsung tak malu bangga lagi ada lah. Itu lah dia budak yang bernama Nurul Hidayati dan Nurul Syafiqah. Budak-budak yang memang heartless habis masa tu! "Aku raja kau pun raja, aku hitam kau pun hitam", lirik dari lagu sahabat sejati yang merujuk kepada lagu kegemaran kami berdua. Masa tu berlumba-lumba betul kami menghafal semua lagu Sheila On 7. Zaman tu zaman bawak walkman pergi sekolah, saya curi kaset Sheila On 7 kakak saya, dia curi kaset Sheila On 7 abang dia. Nanti dah bosan dengar lagu dari kaset saya, tukar kaset dia pula. Kononnya cool la tu ada simpan setiap album Sheila On 7. Hebat kan dua budak bertuah ni? Tak berhenti sampai situ, Sheila On 7 ikut saya membesar, ikut saya zaman sekolah menengah pula. Sama macam dulu, bila ada party dekat kelas mesti semangat bawa kaset Sheila On 7. Macam biasa, curi-curi ambil dari bilik kakak saya. HAHAHA comelnya bila teringat zaman dulu-dulu. Rindu!
Okay back to reality. Ketika usia saya bakal menginjak 21 tahun, ketika sedang rindu lagu-lagu lama Sheila On 7 kerana lagu baru sudah kurang kick-nya, terdengar khabar pula Sheila On 7 bakal datang ke KL!! OMG FOR REAL?????? Okay tarik nafas dalam-dalam. Ya, Sheila On 7 akan datang ke Malaysia untuk Muzik Fiesta Indonesia. Hmm agak down juga pada mulanya sebab yang diharap ialah sebuah full concert dari Sheila On 7, tapi hakikatnya tidak. Concert tu mix dengan artis-artis dari indonesia yang lain. Tapi bila fikir balik, aaaaaah tak kesah la janji dapat tengok Sheila On 7. Dah cukup cukup bagus la tu.
Okay back to reality. Ketika usia saya bakal menginjak 21 tahun, ketika sedang rindu lagu-lagu lama Sheila On 7 kerana lagu baru sudah kurang kick-nya, terdengar khabar pula Sheila On 7 bakal datang ke KL!! OMG FOR REAL?????? Okay tarik nafas dalam-dalam. Ya, Sheila On 7 akan datang ke Malaysia untuk Muzik Fiesta Indonesia. Hmm agak down juga pada mulanya sebab yang diharap ialah sebuah full concert dari Sheila On 7, tapi hakikatnya tidak. Concert tu mix dengan artis-artis dari indonesia yang lain. Tapi bila fikir balik, aaaaaah tak kesah la janji dapat tengok Sheila On 7. Dah cukup cukup bagus la tu.
So here we go! Ticket dah beli, sampai stadium beli zon sukses lagi supaya dapat tempat yang bagus tak berasak dengan crowd yang boleh tahan luar biasa ganas. Tapi di luar jangkaan, penonton yang mostly indonesians telah merempuh zon sukses tersebut, masa tu ya ampun kecewa gila! Rasa nak cabut gelang biru dekat tangan ni. Pointless! Tapi lepas tu, keajaiban telah berlaku! Okay nanti kita sambung cerita.
Jangan nak tunjuk sangat pelekat dekat tangan tu. Zon sukses ye? Aah sukses sangat sampai habis kena rempuh, semua orang sukses masuk! Hahahahah freakin epic moment okay!Magik yang terjadi pada malam itu ialah, walaupun zon sukses tu dah tak berapa nak sukses sebab dah di cerobohi penonton yang hilang kewarasan, nak layan Sheila On 7 pun mesti dah tak aman, akhirnya kami dapat masuk zon media dan vip dia mana tempatnya di tutup dengan pagar dan ada kawalan rapi dari abang polis dan kedudukannya amat terbaik! Betul-betul di bawah pentas! Macam mana boleh dapat? Alamak panjang sangat nak cerita, sampai esok pun memang tak habis ni. Skip! Skip!
Tengok gambar ni saja buat jantung ni laju semula. Words can't describe, really. It's literally a dream come true!!! Like seriously, gak bisa ngebayangin perasaan gue waktu ituuuu!Terima kasih untuk semua karya indah yang telah menemani ku sepanjang 11 tahun ini. Dan hebatnya rasa ini bila tak sedikit pun pernah tercalit perasaan muak! Terima kasih buat semuanya!
Aaaaaaaaa okay, sila lihat separuh hati dan cemburu lah sepenuh hati! Backstage with Duta! Ya ampun still can't believe I was there!!! It's crazy. It doesn't make sense. But it happened!
Oh yang ini gambar di area masjid india. Baiknya pakcik jual belon ni bagi saya pegang semua belon dia. Btw, im wearing Kimono Wrap from Calaqisya., memang khas untuk tatapan fara kembar saya. Awak tak dapat pergi pun tak apa sebab kimono buatan awak ni la yang saya pakai pergi jumpa Duta. Okay la tu, anggap la diri awak sebagai kimono tu ya. Hahaha jangan stress tau baca the whole entry ni? Okay?Semua gambar ni diambil dari account instgram kakak saya. All in all the concert was super amazing and of course will be unforgettable for so many exciting reasons! The interaction with the crowd was really fun! And it started with high energy and ended the same way. Full blasssst!! Well done Duta!! You did it! Okay apa lagi nak cakap? Entah la I just cant express how much this concert means to me and how much I loveeeee Sheila On 7! Definitely a night to remember :)








