Wednesday, September 28, 2011

Noah And The Whale

Band kegemarannya, Noah And The Whale. Ini semua gambar 3 minggu lepas. Saya & suri dengan floral shades yang baru di beli pada hari tersebut di forever 21 pada harga RM25 sahaja. Sedang ada waktu lenggang begini, sengaja publish gambar-gambar yang belum di kira basi. Wordless wednesday.








And to all my family and friends in Kota Kinabalu, do take care and stay safe. Angin kencang, pokok-pokok tumbang dan terputus bekalan eletrik hasil tempias ribut taufan di philipine. Pls be extra careful. Praying that everyone is safe over there. Amin.

Have a good day everyone.


Tuesday, September 20, 2011

Negeri kita yang tercinta

Kehadapan negeri ku yang di cintai selalu, bagaimana harus aku gambarkan perasaan ku yang jauh lebih baik ketika keberadaanku di sana? Bila mana aku ke sana dan ke mari semua orang ku rasa seperti saudara. Apa pun jua, aku tetap harus pulang ke tanah malaya! Tapi seperti yang selalu aku janji, aku tetap sayang kau bah! Tunggu aku, Oktober aku datang lagi ya sayang.
Ketika ini saya berada di pantai tanjung aru, kota kinabalu. Salah satu tempat kegemaran ketika petang. Menikmati sunset sambil makan jagung, jambu, sotong kering, air tebu dan macam-macam lagi. Selagi ada duit, beli lah apa yang termampu. Hati gembira harus di isi dengan makanan, baru la lengkap pemandangan.His wonderful creation. Subhanallah!
The melody of nature.. Truly breathtaking sunset..
Apa lagi yang harus saya cakap? Let the picture speak for itself..
Dan matahari pun mulai terbenam..



Yang ini pula waktu seharian bersama teman sekolah rendah. Budak SRK ST AGNES, LIKAS bah ni! Dulu semua kecik-kecik, sekarang semua besar kecuali saya :(
Waktu ini kami makan tengah hari di restoran upperstar. Siap ada PC atas meja makan. Bukan main!
Kawan saya semua besar-besar ya?

me, sharmila dan mariam.
Sibuknya akak ni bergossip!Ummy diana! Pun tengah gossip sampai ternganga! Yang sorang lagi ni wan sherhan, Pengerusi Badan Perhubungan Negara Kelab UMNO Mesir. Ha kasi besar sikit jawatan dia dalam umno. Jadi kalau jumpa, jangan cerita politik ya? Haha joke! Different political ideologies, tapi boleh lepak sekaki.
Ini hazrin haris. Makhluk garang ku kenal masa sekolah dulu. Tapi garang macam mana pun bila jumpa cikgu garang, tewas jugak sampai kena conteng pipi pakai marker pen. Hahahaha EPIC!
Restoran ni banyak letak gambar legend.
Gitar pun dia letak dekat dinding.

ini pula di yoyo cafe. Ini kedai wajib! Orang sabah bilang PALING MANANG!
PALING MANANG = FOR THE WIN


Yang ni pula di warisan square dengan jaja. Ada kisah lucu sebenarnya. Kami ni kononnya bersiap-siap lepas maghrib nak pergi rumah terbuka kawan lama, sekali sampai depan rumah kawan lama tu, orang rumah baru kemas-kemas halaman angkat meja segala. Awalnya kamiiii ! Tak menyabar nak makan la tu! Jadi untuk cover malu kami lepak la mana-mana dulu dan tunggu orang rumah dah siap, orang ramai dah datang baru kami datang. Konon-konon lambat, padahal tetamu terawal sebenarnya!

Yang ni pula gambar semasa di Jesselton Point! Tempat kegemaran ku! Ini malam terakhir dah esoknya balik KL. Hmmm..
View malam dekat sini lawa gilaaa!
Dari darjah 4 kami pergi sekolah sama-sama. Datuk dia yang hantar kami ke sekolah naik kereta hilux. Kereta hilux kan tak beratap pada bahagian belakang, kadang-kadang kami mengada-ngada duduk belakang macam orang gila. acah macam naik lori! hehe teringin naik lori la tu sebenarnya!
Ni semua super BFF sejak sekolah rendah.
Ni la muka nakal masa sekolah agama dulu. Yang tengah tu ketua kami! Sampai kena panggil pergi bilik guru besar sebab bertumbuk dengan budak lelaki kelas 6C. HAHAHAHA NAKAL GILA OIII! Sekarang dia bukan macam dulu. Sekarang beliau dah boleh jadi calon ustazah pilihan. Heheh sambung belajar pun bahagian ussuluddin. Alhamdulillah! Comel!
Muka macam kuning gila.
Kota kinabalu welcomes you!
Aah memang suka lompat dari sekolah rendah.
Mau balik sudahhh..
Okay gambar terakhir. Selamat tinggal kk! Jumpa lagi!


2 september- 7 semptember 2011




Friday, September 16, 2011

Jom kahwin?

Bukan main lagi jom kahwin bagai. Ingat jom kahwin tu macam ajak jom makan?
Haa yang ni baru betul dekat meja makan, so boleh la senang-senang sebut jom makan? Jom bergambar? Hehe Okay kami semua dekat mana ya? Eleh nak main teka-teki pulak macam lah orang lain tak tahu.
Semestinya bukan di majlis tari menari citra warna malaysia!
Yeaay! Adriani's wedding lah! Okay, first off congratulations to Adriani and Yusfadlie. Officially husband and wife gitu! And thanks for inviting me to be a part of this momentous occasion. Alhamdulillah, everything went well. Oh ya lagu-lagu yang di pasang hari tu semua best! Siapa lah tak tersentuh bila lagu dealova berkumandang masa majlis perkahwinan? Tentulah perasaan ni bembira bila lihat cinta di ikat dengan perkahwinan akhirnya.
Terharunya tengok gambar ni. Like yeaaaaah finally kami berkahwin, kau ada? Hehe I wish you two the very best ya. This is just the beginning! Enjoy your day and cherish your life together okay? I'm sooo happy for you guys! And btw, I love your wedding dress and the veil is so gorgeous! And you, yes you Puan Adriani, you look absolutely stunning! Seriously!
Makcik makcik sekalian
Bouquet toss! Haaa ni memang untuk group of single ladies la kan and it was pretty funny sebab semua bukan main sakan nak rebut bunga tu. Eh kejap kejap! HAHAHAHAHAHAHA okay tak tahan gelak sebab masa tengah tulis ni baru perasan suri pun join sekali rupanya! Tu ha dekat belakang tu! How come ni suri?? Ni khas untuk unmarried punya orang la! Comel gila!!
The woman who catches the bouquet is supposed to be the one next in line to get married, kononnya lah. And akhirnya, fira ke shea yang dapat bunga tu, tak ingat dah.
Candid! Semua belum ready lagi.
Okay 1 2 3, senyummmm!
Azlin, me, yana, suri, maria & nani
Baju yang azlin pakai hari tu ialah baju wedding mak dia dulu. Bayangkan macam mana baju yang dah berusia puluh tahun masih elok boleh di pakai? What a great idea and so inspiring kan? Rasa nak buat jugak untuk anak cucu i nanti. Hehehe
Kaki ku dan kaki mu!
Pergi bersama azlin, balik bersama farah. Sayang dua-dua! Hehe masa ni stuck in traffic jam, lepas tu i tak ada kerja ambil gambar, Fara pula main tab. Lepas tu dua-dua kantoi tak pakai seatbelt. Okay goooood! Abang polisssss! Cepat tangkap budak dua orang ni!!