Siapa yang tak bahagia kan? Semestinya gembira teruja semua ada. Tapi tipu la kalau tak sedih, tapi ye lah nak buat macam mana tak kan nak halang lepas tu cakap KAKAK JANGAN KAHWIN! NANTI SAYA TAK ADA KAWAN! TAK ADA ORANG TEMAN SAYA TIDUR! PLEASE JANGAN KAHWIN DAN TINGGALKAN SAYA! PLEASE KAKAK PLEASE!! Hehe psycho gila kalau dapat adik macam ni. Tapi betul, memang sunyi sejak kakak saya ni dah kahwin. Bilik pun dan tak ada teman, saya sorang-sorang je lah sekarang ni. Sunyi sepi tak ada kawan nak borak atau gelak-gelak lagi. We've had a lot of fun together, and she's always been there for me when things were tough. Tapi tak apa, biasa lah. Itu lah fasa kehidupan yang pasti kita lalui. It's just a matter of time, maka kehidupan harus diteruskan.

Kita mulakan dengan malam nikah yang berlangsung pada 15 julai 2011. Majlis nya sederhana cuma di hadiri oleh saudara mara dan sahabat handai terdekat sahaja.

Kejap ya, nak menyelit kejap.

Tak percaya, tapi ini terjadi. Kau bersanding duduk di pelaminan.
by :
Lambaian Wedding

Yang berbaju kelabu ialah anak-anak mak yang masih berstatus single manakala yang berbaju putih pula memegang status sudah berpunya dalam erti kain isteri orang.

Menunggu bakal pengantin lelaki.

Ruang tamu dah penuh. Pengantin dah siap, wali dan siap, saksi dah siap, tok kadi dah siap. Apa lagi, mari mulakan.

Sedikit ceramah dan nasihat tentang perkahwinan disampaikan oleh Tan Sri Dato' Hj Hassan Azahari. Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz, Fadhli bin Haji Yunus selamat di ijabkabulkan dengan kakak saya Raudhatul Jannah Binti Haji Jalidar.

Akhirnya! Salam ayah mertua gitu. Hehe Hello abang ipar! Okay mari saya kenal kan sedikit tentang fadhli yunus atau lebih senang di panggil dengan nama fadh. Beliau ialah seorang abang ipar yang easy going, easy to talk to, and has a great sense of humor! Mula-mula kenal dia pun dah rasa kelakar. Dia macam kelam kabut sikit tu yang kadang-kadang rasa nak tergelak je tengok but I can tell you that he is perfect for my sister! And ya we are very happy to welcome you into our family. We know he's made for us, and we hope we're made for him!

Saat-saat haru setelah selesai akad nikah.

Gembira dan sedih saat kakak secara rasmi nya telah menjadi milik orang.


Tiap kali tengok gambar ni mesti sebak. Gambar ni betul-betul bercerita.

Alahai inai..

Years from now, may you look back on this day, your wedding day, as the day you loved each other the least.

Ibu dan ayah

Adik-beradik

Kawan-kawan

Azmy dan anak-anak buah ku yang comel.

Ahmad zamir & izzah. Eh eh..

Sebelah kiri ialah anak kesayangan ayah. Ehh opss!
Dan ini pula gambar sekitar majlis persandingan pada keesokan hari iaitu pada 16 julai 2011 di mana tarikh lahir kakak saya dan majlis persandingannya jatuh pada hari yang sama. Aww manisnya!

Gambar yang ada watermark
ALIFFAFIQ.COM adalah gambar dari official photographer pada majlis hari itu. Sebab saya suka tengok gambar-gambar hasil beliau maka saya ambil dan letak untuk di kongsi bersama. Tak apa kan? Tak di kira salah kan? Okay, ini laman rasmi
ALIFFAFIQ.COM sila lah klik.

Her make-up was gorgeously done by
Lambaian Wedding

Kasih sayang si adik.

Menjadi penata gaya tudung untuk majlis bersanding hari tu.

Syuhada-Masyitah-Nawal-Robiah
Anak-anak buah ku jadi flower girls. Jangan comel sangat boleh? Cubit kang!

Pengantin lelaki dah sampai.

Pakcik kompang dan silat dah bersiap sedia.

Melayu banyak sangat adat istiadat.

Ni pun salah satu adat juga. Adat dari seberang indonesia. Tak ada la adat sangat tapi saja nak bagi fun fun fun, bak kata rebecca black.

Bila mak engku dan kendali kan majlis amboi habis la havoc! Kalah kak engku ! Mak dia lagi meletops!

Apa entah yang happy gila masa tu sampai expression muka macam baru menang Roda Impian.

Amer ex Ruffedge juga datang.

Fara dan yana pun datang. Dorang kata macam ni; pergi urbanscape bayar, pergi kenduri kahwin tak bayar. Dapat makan free lagi ada lah. Hehe brilliant!

Suri pun datang juga.
Tak lupa kepada nisa, irwan, kak liza, adi, anam, ana, filzah, redsya, alfah, nani, paan, udin dan semua-semua yang tak tersebut namanya, terima kasih kerana sudi hadir. Banyak gambar kita sama-sama tak dapat di masukkan lagi sebab semua copy dari ALIFFAFIQ belum ada, Cuma ini yang ada dari camera sendiri dan di curi sedikit dari website ALIFFAFIQ. Apa pun,terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Tuan rumah
Okay lah dah penat berucap. A picture's worth a thousand words. So let's just enjoy the pictures ya?






To my dearest sister Raudhatul Jannah, I am truly happy that you have found someone who loves, respects and adores you for the truly wonderful person that you are. Im sure the two of you will lead a very, very joyous and fulfilling life together. May your union last a lifetime and be blessed by Allah swt. And to Fadhli Yunus, welcome to the family. Congratulations and Barakallah!
Love,
nurul hidayati