Wednesday, March 30, 2011

Chic Pop Street Market 7!

Well, Chic Pop Street Market 7 is backkk!

Chic POP: Street Market 7
Day/Date: Saturday, 2nd April 2011
Location: Jaya One, Jalan Universiti
Time: 12noon - 7pm


And hey! I'll be joining Chic Pop Street Market 7 this coming saturday with my partner in legal crime Suri Maria Aziz as one of the vendors! And our booth will be selling new, preloves and vintages stuff! Okay nak apa? Vintage dress? Maxi dress? Skirt? Jumpsuit? Handbags? Shawls? Flat shoes? Aaaaa banyaknya nak senarai. Please la cakap dekat sini pun tak guna, do come to our booth no.48 ya! Well, the price range will be as low as RM5! Oh my godddd! Really? Ye la, tak kan tipu? Datang ramai-ramai okay? Bring along your girlfriends, boyfriends and kerching! kerching! cash!! $$$!

Dekat bawah ni ialah petunjuk arah untuk ke Jaya One. Kepada sesiapa yang tak tahu tempat ni dekat mana, semoga map ni dapat membantu okay?

Really looking forward to meeting you guys!
2nd April 2011. Save the date!
See you there!
:)


p/s: Oh it's a 'No Plastic Bag Saturday', so bring your green bag yo!



Friday, March 18, 2011

Gula melaka

Hai! Sekarang saya berada di melaka. Saya datang ke melaka sebab nak refresh semula topik-topik penting yang ada dalam buku teks sejarah tingkatan 1 sampai lah tingkatan 5. Sebut pasal sejarah, tiba-tiba teringat cikgu sejarah saya masa di sabah dulu, cikgu Wong. Dia antara cikgu paling garang dan ditakuti masa itu. Tapi dalam aspek pengajaran kehebatannya tak dapat dinafikan tau. Wo ai ni cikgu Wong!
Okay la sebenarnya saya datang sini nak jalan-jalan. Kakak saya izah tak pernah pijak melaka, lagi pun ada kenduri doa selamat dekat sana, jadi sambil menyelam minum air la kata orang.
Cuba teka ni dekat mana? Alah bukan main manja lagi nak main teka-teka.
Haaa jonker walk la. Kalau pergi melaka tak singgah sini tak lengkap la kan? Maklum la dekat shah alam tak ada tempat macam ni, maka orang melaka sendiri kalau baca ni mesti terasa sentimen jakun terdapat dalam entry ini . Ye, diakui memang agak jakun.azmy, abang ady & ahmad zamir sangat over dalam gambar ni!
Eh eh.. amboi!
Siang hari di melaka. Ahmad Zamir dekat belakang tengah usha kakak kedai jual topi.
View macam dekat itali kata ahmad zamir. Katanya lah.. Ye ke macam itali? Hmmm.. ye la kot.Singgah toko kebaya nyonya. Cantik-cantik tau sulam dia, kakak saya sampai beli dua pasang. Padahal yang ada dekat rumah pun tak pakai-pakai lagi. Nafsu.. nafsu..
Eh Ahmad Zamir, kita kena kejar paparazi! HAHA kau ingat kau artis?
masa untuk Cendol Jam Besar!
Hai samdol, aku tengah makan cendol!
Muzium kecantikan. Muzium kehenseman tak ada?Bukit St Paul ye bukan Sean Paul yang nyanyi lagu baby boy feat beyonce tu.
Abang ady ni kalau bergambar selalu berada di posisi entah mana-mana.Ha tengok tu, berdiri pulak daaah..
Eh saya tinggi !
Azmy the cameraman.
Tak malunya saya gambar diri sendiri.
Aaaa saya suka gambar ni!! Awak semua suka tak? Angguk please... :(
Lompat setempat.
Lompat si katak lompat!Masa ni tengah tunggu turn nak naik menara taming sari, another unique attraction in Melaka. Btw, ini lah muka manusia yang dapat diskaun sebab kenal orang yang kerja dekat counter bayaran. Kan dah dapat harga kawan-kawan..
Yeaay dah naik dah!Masing-masing cuba mengawal kejakunan.
A breathtaking view from above. Kami yang dekat atas ni tak dapat duduk diam. Semua macam, huiyoooo bestnya melaka! Cantiknya melaka! Lepas tu cakap dengan suara yang kuat sebab sengaja nak buat Ahmad Zamir kembang.
Kak izah yang pertama kali pijak melaka. Dia cakap melaka macam muzium. HAHA dah nama pun historical city.
P.ramlee & Saloma. Aah, memang perasan.
Yang ni pun fav! Macam chill gila duduk lepak atas benda apa entah tu.
single
double
trouble
Okay la, cukup la sampai sini cerita melaka saya. Sebenarnya baaaanyak nak cerita tapi dah mengantuk pula. Mata pun dah layu nasib pakai shades. Eh apa kena mengena?
Salah satu gambar kegemaran saya bersama payung Rm 10. Baiklah, sampai sini dahulu. Saya harus pergi maka saya akhiri dengan:

MELAWAT MELAKA BERERTI ANDA MELAWAT MALAYSIA.

Ada gaya karam singh walia tak?

Thursday, March 10, 2011

Ingin putus saja !

Jadi sejak akhir-akhir ini, lagu ingin putus saja sering bermain di kepala. Siang malam dengar lagu ni. Lepas tu terpaksa buka youtube sebab tak ada mp3 download lagi untuk masuk ke hp. Kesian..kesian. Lepas tu kalau line internet tak berapa okay, terpaksa tunggu dalam 5,6 minit loading baru dapat dengar lagu ni sampai habis. Punya la sanggup kan?

Okay berbalik kepada lagu "ingin putus saja". Siapa yang tak kenal Über-talented teens from Jakarta iaitu gamal, audrey & cinta? Please dong! Kalau tak pernah dengar nama ini buka youtube sekarang. Dari lagu just dance, telephone, lucky, break your heart dan banyak lagi lah untuk di senaraikan, sekarang dah ada lagu sendiri "ingin putus saja". Lirik dalam lagu ni, sangat lah cool! Simple and very straightforward.


Official lyric video. let's Sing-A-Long!


Official music video.

kalau nak dengar semua lagu yang mereka dah nyanyikan selama ini link-nya,
Gamal-Audrey-Cantika

Okay video ke-3 ni pula WAJIB tengok ye, saya ulang sekali lagi, WAJIB! Rupanya bukan saya seorang saja yang suka. Anak buah saya lagi teruk. Siap dah buat cover lagi dalam youtube. Kau mampu? Cover kali ni bukan menyanyi, tapi? Menari! Bukan main rancak lagi, over gila. Aku yang tengok, aku yang penat.



Nilaikan berapa bintang untuk budak kecil ini.
Oh ya perhatikan babak hebat pada saat 0:45, 1:03, 1:31, 1:47.
ish ish ish.. * geleng kepala*


Wednesday, March 2, 2011

A lunch to remember!

Semestinya lunch tersebut akan diingati bukan lah kerana makanan yang terhidang pada hari tersebut. Jezmine sorang je lah rasanya yang faham perasaan i hari tu. HAHAH kelakar sebab i macam nervous gila masa mula-mula sampai. Jezmine balik-balik cakap you okay? You okay? Sebenarnya tak berapa okay. I'm a bit nervous right now!
Sekali lagi bukan pasal makanan tersebut. Ye, sangat sedap. Tapi malangnya bukan kerana makanan, kerana ada yang lebih terbaik dari makanan tersebut. Apa dia?
Aaaaa Hana Tajima Simpson! Naaa my my hands get real cold tau masa ni. Im so gila-gelabah-nervous-tak bertempat.
See? betul lah kata orang, there will always be a next time kan? Tengok tu, jumpa juga akhirnya!

I tak mampu nak cakap banyak-banyak sebab kerja sangat berlambak sekarang ni. I update benda ni pun dah kira terlambat. Okay booo! Kepada semua yang tunggu punya tunggu gambar yang ada dalam camera saya, sory sebab belum punya masa nak upload dan edit semua. Insyaallah kalau dah upload nanti i bagitahu okay.
adriani
aishah amin
fira hanis
sha elaiza
jezmine
honey pokapoka
wanie rosli
kembar saya, farah!Haha pendek pendek!
farah, nani & yana
yana, nani & me
ami "sptnkswthrt"
Shea rasol
too many names to mention here... you guys know who you are rite! :)
sha, ami, lyna and adriani

Jezmine & hana
hana & me.

Overall it was a great lunch. We all had fun kan? And oh sebelum terlupa big thanks to jezmine sebab tumpangkan i hari tu. Pergi dan pulang bersama dengan melalui rintangan dan halangan. Dari maxi skirt i tersangkut dekat escalator sampai lah tiket tol pula yang hilang. Sampai terpaksa berhenti tepi jalan dan masih mencari tapi masih tak jumpa-jumpa. Saddd! Akhirnya terpaksa la bayar denda RM 44! Ye ulang sekali lagi RM 44! Kesian Jezmine:( Harga macam nak pergi kedah, padahal Kl - Shah alam je. Okay sampai sini dulu lah ya? Banyak gila benda kena selesaikan dalam minggu ni. Jumpa lagi !


new look on lookbook!


p/s : Read this, StyleCovered.com
I love you hana!