Sunday, January 30, 2011

Hujung minggu-ku untuk shah alam

Kebiasaannya hari sabtu saja sunway, hari sabtu saja bukit bintang, hari sabtu saja entah di mana-mana namun yang pastinya bukan shah alam. Namun kelaziman itu sudah bertukar apabila pada hari sabtu minggu ni waktu yang ada di luangkan di shah alam sahaja. Di mana? Plaza Alam Sentral. Orang shah alam sendiri kalau di tanya secara jujurnya memang jarang pergi ke tempat ni. Tak ada apa sangat yang ada, melainkan butik First Lady tempat mak saya beli jubah. Ya, saya akui dulu gemar juga ke Plaza Alam Sentral namun atas dasar ingin pergi rakaman muzik-muzik sebab ada o.a.g. Rajin saya pergi tengok muzik-muzik masa zaman sekolah dulu. Biasa lah budak-budak baru naik kan. Kesian..

Okay tapi semalam Plaza Alam Sentral dah boleh layan sebab ada huiyo bazaar. Maka, terjumpalah mereka-mereka semua.
Ini riza. Dia buka booth jual barangan terpakai. Ni bukan pertama kali kami berjumpa. Tahun lepas dia datang open house saya ye.
Dan ini ezaty. Dua sekawan jual barang. Sangat comel kan rajin berniaga. Rasanya dah berapa kali jumpa ezaty dekat Pak Li. Seksyen 7 kecik je kan, pusing-pusing mesti jumpa punya.
Aaaaah its you, Aishah Amin! I've stalked you before on Lookbook. And finally jumpa juga! It was nice meeting you yesterday in person and wow you look so naturally lovely. And yes, in love with your outfit. You do the mix and match so well and I love how you put things together. Oh semuanya LOVE untuk awak!
Hey, it's Hug Day! Hehe comel kan kena peluk? Next time kalau jumpa lagi, I'll shout your name AISHAAAHHH HUG ME ONE MORE TIME!
And ya this is Fatimah Amin. Adik kepada Aisyah Amin. They both looked amazing, right?
Thanks for you time. Till we meet again!


Okay lah walaupun Plaza Alam Sentral tempat paling jarang disinggahi, namun Plaza Alam Sentral juga terdapat lokasi yang amat menarik. Exotic scenery and nice place to shoot.


Betul kan?

Okay, cukup sampai sini dulu ya.


Wednesday, January 26, 2011

video : bukan hijab tutorial



Okay video di atas ni bukan hijab tutorial ye kawan-kawan. Ini ialah video amatur suka-suka yang telah di upload dekat you tube. Kononnya baru wujudkan account jadi macam sakai sikit bila dapat upload dekat you tube. Selama ni semua video upload dekat facebook sahaja, jadi mulai hari ni dah maju kehadapan sikit dengan you tube. Tapi bukan account i lah, my sister punya. credit untuk dia.

Kak ati, ibu rau & family, mariam, ika, nurleza, aunty salbiah & family, noy, joy dan semua yang dirindui selalu, this song is dedicated to all of youu!


p/s: Sorry kualiti suara macam double sebab lupa switch off kipas lipas! Enjoy ya! Mmuuaah!




Tuesday, January 25, 2011

Te-cantik dan Ter-kacak

Haaaaaai! Okay mintak maaf sebab saya dah ter-publish entry ni lepas tu delete. Bila dah terlajak tak boleh undur lagi kan? Maka siapa-siapa yang dah singgah blog ni tapi tak ada apa entry baru saya minta maaf ya. Kesilapan teknikal tadi. Sebenarnya i baru je upload gambar, macam mana entah tangan ni tak sengaja tertekan publish. Haippp tangan ni! Nakal! Pukul nak?

Hari ni free sikit jadi i update entry baruuuu. Minggu lepas ada event Miss and Mr MSU anjuran MSU unggul nama mu, okay part unggul nama mu tu lagu MSU ye. Dengan semangat setiakawan i datang memberi sokongan dekat kawan i memey & nasrul yang menjadi finalis Miss MSU dan Mr MSU.
Inilah antara finalis Mr MSU
Hensem tak? Jambu tak? Haha
Yang ni pula antara finalis Miss MSU. Cantiknyaaa..Aww memey! Glamtastic!Stunning!
Everyone looks amazing.
And everyone looks beautiful!! I cant pick a fav and I don't have to pick the winner, they are all gooood!
Okay part yang ni sangat sweeet! Nama dia zara kekasih kepada kawan i, nasrul. Terkejut gila masa nasrul tengah catwalk tiba-tiba bising pulak orang dekat atas. Rupanya sang kekasih datang memberi sokongan siap buat banner i love nasrul lagi. Kau hadooo?
Yang cantik dan yang kacak ni ialah Miss and Mr msu untuk tahun 2010. Kira macam tradisi la kan mereka akan pakai kan crown untuk Miss and Mr MSU tahun 2011 pula. And the winner goes to...Congrats to the winner and finalists. They deserve to win the title for Miss and Mr MSU 2011.


Okay untuk event malam tu, turut di selitkan OLD BLOSSOM BOX mini fashion show.

Bow headband tu comel. Okay yang ni nama dia anis. Macam mana i tahu? Sebab i refer dekat blog jezmine. Hehe
Okay yang ni tak payah refer dekat mana-mana. Yannyyyy!

Seee! So cantik lah, mana ada kelakar ke apa. Tipu je cakap i gelakkan dari atas. Kalau i gelakkan tak ada la i ambil gambar ni haaa.
Okay maria elena! Boleh tak serious for a minute?
FYI, expression ni tak akan dapat dekat mana-mana fashion show. The one and only. HAHAH sebab tu banyak gambar you gegar dalam camera i. Well, combination kelakar + cantik = Marvelous!
Zafirah hanis! Amagaddd you look so dolly and gorgeous! Geram ni comel sangat!
Okay i gila suka skirt yang dia pakai. OBB Plum pleated maxi skirt. Nama dia faten. Ceh macam kenal, ni i refer dari blog jezmine jugak.
Lyna. Dia cantik kan? Muka melayu klasik. I suka!
Semua cantik! kalau i jadi lelaki i ambil dorang ni bawak balik rumah kurung terus jangan keluar-keluar lagi supaya tak kena kacau oleh orang lain. Haha gila psycho
Jangan menawan sangat la senyum nampak gigi tu! Cantik tahu!
Comel sangat, i siap focus lagi!

Yanny-Me-Maria
Here we go! Yanny jangan ketawa!
Lose control.
Dia dah mula dah.
Okay, behave.Lyna-Rina salleh-Yanny-Ye saya-Jezmine-Faten-Maria
Gadis melayu ye semua ni. Tapi gadis melayu sebenar adalah milik Rina Salleh saja harap maklum.
Ini lah dia Miss MSU 2011. Dia budak foundation medic. Bakal doctor ni. Doctor glamour yuolsss! Rasa kerdil betul bila berada di samping Miss MSU ni.
Inilah jantung hati saya di MSU! Memey & syiqim!
Amboi nasrul apa yang suka sangat tu? Nampak sangat tengah tak keruan bila dengan perempuan. Apa lagi perempuan cantik kan? Bagitahu zara! Padahal zara ada depan mata masa ni. Okay zara memang super duper cool!I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do. -Bruno Mars
New upgrading. Tudung bawal mak kiteee. Tudung bawal pun masih cool kan? Cuma kena pandai-pandai lilit la. Try lah! Tudung lama jangan di lupakan.
Oh ya tema untuk malam tu ialah elegant. Tapi i cuma pakai maxi dress, cropped jacket, clutch & flat shoes. I rasa dah lari tema. Tak elegant pun simple gila. But ya nevermind lah, aundience pakai biasa-biasa je lah kan? Jangan nak over sangat. Hehe okay cerita dah habis!



*Entry Miss and Mr MSU event juga ada dekat sini, Jezmine &
Yanny



Align Center

Friday, January 21, 2011

kakak kita yang sudah berumur 26 tahun

Gambar pertama untuk mukaddimah entry kali ini jelas menunjukkan saya yang sedang sibuk menyebarkan ke seluruh alam bahawa saya berada di iranian restaurant ali's baba jalan ampang untuk meraikan hari kelahiran kakak saya yang telah pun genap 26 tahun. Alhamdulillah dah tua. Sebenarnya mengikut perancangan nak buat dekat Andalus tapi tak jadi sebab tutup pulak. Pelik kan tiba-tiba Andalus dan jiran-jiran kedai makanan arab yang lain juga tutup pada hari tersebut. Hehh saja la tu boikot kedatangan kami! Maka pilihan lain ialah Ali's baba, ini pertama kali pergi ke sana. Restaurant ni ada dua konsep iaitu luar atau dalam. Kalau dekat luar memang best sebab boleh layan pak arab gelek menyanyi tak hingat. Yang bahagian dalam pula sopan santun sikit la. Tak ada hiburan jadi kau kena la syok sendiri menghiburkan diri. Dan oleh kerana di luar dah penuh tak ada tempat langsung, maka kami pun masuk la ke dalam.

Dekat dalam pun boleh tahan best, ada tempat duduk santai ala-ala arab siap boleh cas hp bagi sesiapa yang kehabisan bateri macam saya.

Dan juga boleh menjadi port baikk bagi sesiapa yang suka kan gosip! Lihat tu! Joyah and the geng.
Iranian tea.
Ni antara hidangan hari tu, tak sempat ambil semua. Jadi tatap apa yang ada lah ye?
Yang ni memang sedap-gila-kenyang-sangat-jom-habiskan-bersama. Tapi tak ingat pulak nama dia apa. Okay bukan tak ingat, memang tak ambil tahu pun sebenarnya. Sebab focus pada masa itu ialah? MAKAN!
Azmy jangan nak shisha sangat la. Boleh tak jangan shisha keluar asap macam kena musibah kebakaran? Sanggup tu sedut lama-lama, semata-mata nak dapat asap sekampung. Kecoh derr!Haah tu dia! Tu lah dia yang dah 26 tahun tu. Yang duduk bersebelahan dia ialah rina. Kawan dia sejak zaman belasan tahun lagi. Wah BFF gitu.
Yang berselendang hijau berkulit putih gebu dan comel ini ialah sharina. Dia kawan kakak saya. Ye, dia senior saya juga masa sekolah bee kay dulu. Kek cawan comel tu dia yang hadiahkan untuk kakak saya. Comel kan ? Macam dia jugak, comel.Saya pun tak nak kalah. Nak jugak tumpang glamour untuk kek cawan comel tersebut.
Waktu kemuncak! Ceh ceh bagi kejutan kek la konon-nya.
Dan kakak pun tersengih-sengih terharu sebab dapat kek.
Dan ekspresi muka masih terkejut lagi. Okay, cool down. Tarik nafas panjang-panjang.
Jangan nak posing sangat okay, i tak sabar nak makan kek tuuu!
Perempuan-perempuan ku.
Nak balik dah, tapi nak layan kejap pak arab gelek tak hingat tu.
Tu diaaa pak arab. Okay oleh sebab dia masih nampak segak bergaya muda remaja maka lebih sesuai panggil dia abang arab saja. HELLO ABANG ARAB, KAIFA HALUKA? Ceh i masih ingat cakap arab jugak la walaupun ustaz narawi selalu marah saya dalam kelas arab dulu. HAHA


Gambar dekat atas ni masa dalam Ali's baba juga. Rekaan dalam ali's baba ni macam ala-ala klasik sikit dan oh 3 gambar di atas ni jelas menunjukkan bahawa saya memang suka syok sendiri. Maka sampai sini dulu entry kali ini. Tak dapat nak cakap banyak-banyak. Esok kena bangun awal, nak siap pakai serba hitam dan pakai kaca mata hitam besar tutup muka sebab nak pergi mahkamah syariah. Okay cepat panggil melodi! Amboi kau ingat kau artis? Okay lah tipu, ada talk apa entah i tak pasti sangat. Haih banyaaak sangat nak cakap ni kalau boleh satu hari 10 entry nak buat sekali. Tapi 24 jam sehari tetap tak mencukupi. Apa pun ali's baba tetap best! Try la ke sana pula, okaay!