Alaa apa ni baru update cerita cuti di sabah hari tu? Bulan oktober punya cerita, baru nak cerita hari ni? Ya, semoga cerita ini belum basi. Hihihi percutian ramai-ramai ni memang dah rancang setahun yang lepas bersama kawan-kawan dan jiran tetangga. Jiran tetangga? Ya betul jiran tetanggga. Nampak tak semangat kejiranan di situ? Okay untuk entry ni saya akan cerita tentang Kundasang ya. Kundasang ni salah satu tempat yang WAJIB pergi kalau dah ke Sabah. Just 1 and half hours drive from Kota Kinabalu, jadi tak la jauh mana. Pokoknya siapa-siapa yang merancang cuti ke Sabah, harus singgah sini. Baru la percutian tersebut lengkap.
Singgah sekejap. Few kilometers before arriving Kundasang, there are shop lots that sell tourist merchandise. Ini lah tempatnya! Murah-murah ya, semua hasil kraf tangan di jual dalam harga Rm1 - Rm 3. Siapa cakap mahal dia Haji Bakhil.
Haaaa.. sampai sudah ke destinasi! Dan sekarang saya berada di tempat penginapan kami iaitu di Kiram's Village, Kundasang.
Okay dah letak barang, dah lompat-lompat katil. Eh tak, yang tu tipu. Ingat cool la tu duduk situ sambil tweet HYE SAYA SUDAH BERADA DI KUNDASANG, SEJUKNYAAAA! Kecoh! Zzzz..
A tour around the Kiram's Village garden..
Very exotic la tanaman yang ada di sini. Shah Alam ada? Tapi bersesuaian la dengan suhu, day time temperature dekat sini is mild and relaxing from an average of 22°C, tapi bila malam the temperature can drop quite a few degrees to as low as 13°C. Tidur menggigil-gigil. Buat BBQ pun kena cekal hati dan bersabar dek kerana angin sepoi-sepoi yang meniup sedikit sebanyak melambatkan proses BBQ. Nasib baik abang-abang jiran kami semua hero malaya, apa jua keadaan semua diharungi dengan jaya. Tetiba.
Masih lagi di kawasan penginapan kami. Berbaloi ya tinggal di Kiram Village's ni. Satu cabin yang boleh muat 5-7 orang cuma pada harga RM100-120 sahaja. Berbaloi!
Hmm forever alone.
Fresh air and fantastic view.
Dah la murah, kawasan pun cantik. Sedap mata memandang, sedap nafas yang di hirup. Automatik nya perasaan pun jadi tenang aman damai dan bahagia hingga ke akhirnya. Eh?
Dan sekarang saya berada di mana? Saya berada di Desa Dairy Farm, Kundasang! Moo moo land!
Bini-bini penternak lembu..
Proudly presenting Sabah product DESA Milk! Moooooo sedapnyaaaa! Ini lah rombongan dari Shah Alam yang berjaya sampai ke Kundasang! Mereka ni semua ialah kawan rapat, jiran rapat, dan kawan rapat kepada jiran. Pening tak?
So dah kenyang minum susu segar lembu tu, jangan jadi malas ya! Mari la jalan-jalan kurangkan lemak badan..
Lentok di bahu kakak, awww manja sungguh gambar ni.
Cantik kan pemandangan di sini!! Mount Kinabalu is hidden behind the clouds.
Quite a rare sight in Sabah.. Eh Malaysia.
Boleh main ipad sambil baring atas rumput lagi. Sepatutnya bermalam terus atas rumput tu, esok pagi bangun bangun je kena tendang oleh lembu sebab kacau kawasan dia. Wah ni lembu KL gengster ke?
Baiklah sampai sini dulu. Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi masa amat menduga hubungan kita semua.
Saya balik dulu. Sesuai betul caption dengan gambar. Okay nanti saya cerita pasal Manukan Island pula. Tunggu ya. Cantik kan Kundasang? Haaa mari lah pergi Sabah. Sebab... SABAH BAGUS BAH!
23 comments:
memang seronok bila sampai di kundasang... sekali pegi, rasa nk pegi lg...
wah...cantik gler pemandangan..jeles2..nanti nak holiday kat sana lah.
Cantik sangat tempat ni Kak Nurul ! :)
owh.. cantik gila Sabah n gambar, nnt nk pergi sana jugak satu hari nnt. hihi :)
Kundasang, best!! Rugi kalau pergi Sabah tak sggh Kundasang!! :D
u gojes. ur pix gojes. semua gojes.
btw k.nurul pkai dslr jenis ape ek?
sharing sikit. :D
wahh! tengok entry ni betul-betul wat i rasa nak pergi sabah bahh =)
wahhh!! seronoknya! awan2 tu mcm gula2 kapas. geram tgok! :D
wah nice view lah kat sabah..:)
Subhanallah, cantiknya kak nurul. :)
memang sabah best. study sana 5 tahun, pun belum puas lagi. :)
lawa bah gambaq2 hakhakhak
mcm kat aussie... wuhuuuu....
bukan Lembu KL gngster la..
lembu kundasang gangster, haha.
nice picture, nice view, teringin nk pegi!huhu
chantek nyer tempat..
cam sejuk je..
nurul pon chantek.. @~@
cantik sgt tmpt ni nurul. ari tu sy ada jugak pegi kundasang tp x jumpa pun desa milk farm ni. :(
Nak pergi Sabah! xD
belum pernah pergi dan teringin nak pergi sebab cantiknya!!
Cantik sangat gambar ny bah.. huhu
just mampu cakap "nak pergi kundasang jugak".
btw, nice pic lah nurul.awak cantik. pemandangan pun cantik.dah mcm kat obersea :P
cantik2 ! :D gmbr pon cantik. you pakai dslr apa eh ?
I cannot get enough of these photos!!! LOOOOOOVE!!!!
cantik beg u nurul:)
Post a Comment