
Hai, apa khabar? Saya sekarang berada di LCCT sepang, bawa diri ke tanah tercinta Kota Kinabalu. Di sebalik senyuman ini, sebenarnya saya baru saja lepas bertengkar dengan pekerja di bahagian kaunter tiket Air Asia. Mobile check-in dan web check-in Air Asia hari tu tidak berfungsi. Sistem down katanya. Sampai kaunter kita check in lah secara manual, tapi dah kalau sistem dorang yang rosak, kenapa kita perlu bayar? Berapa sangat la RM10 tu tapi Air Asia ni seolah-olah membodohkan orang pula. Ditambah dengan pekerja dia yang ya ampun rude gilaaa, memang la mengundang! Kitorang tanya la, kenapa sistem web kamu down, kami pula yang perlu tanggung dan bayar sistem manual ni? Lepas tu dia dengan jawapan angkuh sombong dan bongkak, DAH TAHU WEB CHECK IN DEKAT SINI TENGAH SERVER DOWN YOU PERGI LA CYBER CAFE. CHECK IN LAH DARI SANA. Woihhh mana kau belajar layan pelanggan macam ni kak? Kau suruh pergi cyber cafe? Asal kau tak suruh kitorang main dota terus dekat sana?
WELL, AT THIS POINT YOU ARE JUST TRYING TO PROVOKE ME RIGHT? YOU INGAT AIRPORT AIR ASIA NI APA? CYBER CAFE? MACAM NI AIR ASIA LAYAN PELANGGAN? LANGSUNG TAK ADA BUDI BAHASA! SANGAT KURANG AJAR! Lepas tu manager dia lelaki datang dengan walkie talkie, tak sempat manager tu tanya, pekerja dia pulak mengadu. TENGOK LA DORANG NI BUAT KECOH DEKAT SINI! Hoiii bertambah naik darah aku! KECOH? PEKERJA YOU NI KALAU LAYAN ORANG ELOK-ELOK, CAKAP BAIK-BAIK TAK APA, NI DIA PERGI PROVOKE PELANGGAN SENDIRI APA HAL! MACAM TU KE SISTEM KORANG KERJA? LAYAN ORANG MACAM SAMPAH? Lepas tu nak tahu apa sambungannya? Pekerja Air asia tu kena sound terus oleh manager dia, kurang ajar tu satu hal lepas tu pandai-pandai buat undang-undang bayar RM10 tu yang tak boleh tahan tu! Kan dah kena! Padan muka! Sebenarnya tak perlu bayar pun, sistem dorang yang down kenapa kita kena tanggung pulak.
It doesn't make sense, fikir logik la sikit kan? Air Asia ni pun kadang-kadang memang entah apa-apa, sistem tak selaras. Memang fail! Apa pun, tak sia-sia berlawan semata-mata tegakkan hak kita sebagai pelanggan sebab after the argument, orang lain yang berbaris panjang nak check in dah tak perlu bayar RM10 tu lagi. Yeah fight for your right! See, ramai orang selamat dari undang-undang hutan rimba ciptaan pekerja Air Asia tu. Ingat kan airport dekat Indonesia je la yang layan orang macam ni, rupanya airport di negara sendiri pun lebih kurang. Haih.

Boleh tahan emo juga mukaddimah kali ni. Okay, kita kan nak bercuti, maka selamat tinggal perasaan marah. Hye mood gembira, come to mama! Kali ni balik sabah seronok ya sebab balik bersama dengan kakak-kakak. Yang sebelah kiri tu paling teruja sebab dah 3 tahun tak jejak sabah. Rindu setengah mati la nampaknya tu!

Bersedia meredah laut china selatan! 2 jam setengah yang tidak terasa bila tahap teruja melebihi segalanya. Balik tanah tercinta memang lain perasaannya!

Oh ya terima kasih Ellen Red kerana menemani tiap langkah ku. Siapa Ellen Red? Tu yang saya tengah sikut dekat belakang tu. Kalau nak pergi bercuti ke mana-mana keselesaan amat lah penting! Nak bawak bag ke mana-mana biarlah yang mudah dan selesa. Jadi seperti biasa bag yang best, cool, cantik dan comel semestinya dari
CLUBMOD! Ellen Red ni adalah first batch of their own production tau, first baby dari
CLUBMOD lah kiranya. Benda yang paling best tentang bag ni ialah sebab boleh convert dari handbag ke mini backpack!

Sampai Kota Kinabalu tempat pertama yang kena jejak dahulu semestinya pantai Tanjung Aru! Ni lah muka-muka yang rindu ombak dan angin di Tanjung Aru. Kalau saya tak berapa nak rindu la sebab baru saja bulan lepas balik Kota Kinabalu.


Sampai pantai kakak semua lari bertempiran kerana terlalu girang! Dan saya bajet cool dan santai konon macam ELEH BARU BULAN LEPAS DATANG SINI. CHILL LA BRAH!

Dan lepas tu cool, chill dan santai tu tak bertahan lama. Ini lah akhirnya.. seolah-olah pantai tu kita yang punya! Hehe tak, pantai yang cantik ni Allah yang punya, kita cuma perlu mensyukuri nikmatnya saja.

Bersama sekumpulan adik-adik yang lalu lalang.

Heyyyy, tengok bag saya dari mini backpack dah transform jadi handbag pula!

Close-up! Nah wouldn’t it be nice to have a bag yang boleh ikut mood dan keadaan macam Ellen Red saya ni?
Check out this link
CLUBMOD and grab one for yourself now! Wheeee!


Gambar asli tak ada tokok tambah warna. Masa ni matahari dah terbenam, cantik ciptaan tuhan kan?

Langit, pantai, pasir, udara semuanya bikin hati tiap saat jatuh cinta!
Perkataan CANTIK tidak cukup gagah untuk menggambarkan indahnya petang tu di pantai Tanjung Aru. Baiklah, mata saya kian layu. Kejap lagi kena bersiap, pergi pulau pula. Kemarin dah pergi kundasang tidur sana dua hari satu malam. Dekat sana lagi lah cantik! Tapi itu nanti kita cerita di entry yang lain okay? Sekarang kena berehat dulu. Doa kan perjalan hari ni selamat ya? Takut jugak nak naik boat ni.
28 comments:
You go girl ! kalau yang takut mesti terus bayar RM 10 tu and menyumpah dalam hati. Thats all they can do
seronokya , lame gak wa tak pergi ke pntai
sungguh rude sekali ya attitude pekerja di AA tuh. anyway, saya pun orang sabah ehehe
waaaa,mau balik sbh jgk!
nurul jom g ranau! g mesilauuuu :D
oh sabah :)
wah firsttime tgk cik nurul marah2..
macamna la company besar cmtu bole ade staff yg xbretika..skurangnya2 kena la ade budi bahasa.
aa paci mngurat2..ko nda prasan ka?
have fun :)
Mcm tue la sistem perkhidmatan..kan?^__^
beautiful as always:)
mula mula macam garang... sekali.. fuhhhh nasib happy ending.. hahaha !
cntik la gmbr k.nurul
btw u guna lens apa ek?
it came out nice.
bestnya di tg aru!
bgus pun sound pkeje air asia tu.bia berakal sket.hehe
hi! saya kat kk jgk. nurul kt sini sampai bile? kalau free let's meet up ;)
hi nurul ;) nurul kt kk smpai bile? sy kt kk jgk. kalau free let's meet up! ;)
Bikin panasnya tgk gambar2 kamu tu Yul!! bidak,semua bidak! Yaaa..begitula kamu ya,pigi KK sendiri..ahhahahaha
nurul....memang pekerja air asia sgt kurang ajar. nama aje peramugari, tapi treat customer mcm dia tuh konduktor bas mini lama2. bukan sekali dua saya tengok sendpiri kebiadapan mereka tuh. dah bnyk kali hokehhhh.
nurul....memang pekerja air asia sgt kurang ajar. nama aje peramugari, tapi treat customer mcm dia tuh konduktor bas mini lama2. bukan sekali dua saya tengok sendpiri kebiadapan mereka tuh. dah bnyk kali hokehhhh.
nurul org sabah ea?
memg kurang ajar la kan.ptut berenti terus je kalo dah perangai mcm tu =,=
merah itu cantik & sebaguna.nak beli gak la nnti :)
Yaaa saya memang anak sabah,kota kinabalu. Saya lahir di sana. Proud to he sabahan. Heheh
Hey orang sabah, malangnya saya sudah pulang ke tanah semenanjung, tak sempat berjumpa. Maybe next time kan? There will always be a next time ba, jgn risau.
Pasal bag tu, yaa bag tu memang best. Check out clubmod now!
best nye,.. :D
cantiknya.. lama dah tak bergambar & berjalan tepi pantai macam ni.. :)
suka pantai :)
cun nye pemilik blog nie....^^
beuatiful beautiful photo n PEOPLE! ^^
yess2.. me too love tg aru..huhu..eventho bkn org sbah..tp i dok sabah 3 years..friends there were so cool..n my sis nti pon kawen orang sabah.. :D
Post a Comment