Thursday, April 14, 2011

suatu ketika dahulu

Dulu masa zaman sekolah, saya orangnya sangat selekeh. Baju seragam sekolah yang berwarna putih suci akan bertukar hitam bernoda setiap kali pulang ke rumah. Dulu, telinga saya ni dah lali kena leter oleh kakak-kakak saya, mak saya pun sama tapi dia tak leter sangat sebab walau macam mana kotor pun baju saya, saya lah anak yang paling mendengar cakap masa tu. Macam mana penat pun keadaan saya, saya tak pernah tolak permintaan mak. Setiap barang kelengkapan seperti bawang, kicap dan gula yang dah habis di dapur, saya lah orang yang betanggungjawab akan membeli ke kedai. Kadang-kadang saya nak menangis sebab penat, tapi saya menangis dalam perjalanan ke kedai saja. Kenapa saya nangis? Sebab kadang-kadang saya dah sampai rumah beli kicap, mak saya suruh beli bawang besar pula. Jadi saya terpaksa berulang ke kedai semula. Dalam keadaan saya yang tengah ber-emosi tu, saya tersalah beli barang lagi. Rupanya saya beli bawang merah, padahal mak pesan bawang besar. Sekali lagi saya terpaksa berulang semula ke kedai. Masa tu saya selalu cakap dalam hati, saya ni tak pandai, tak rajin baca buku, sebab tu mak selalu suruh saya. Kakak saya izzah adalah seorang yang rajin menelaah pelajaran, 24 jam terperap dalam bilik baca buku, maka sebab tu la dia tak pernah kena suruh ke kedai. Bertuahnya dia.
Kalau pergi kedai beli sayur macam ni meletop kan?

Tapi walau macam mana penat pun keadaan, saya tak pernah mengeluh depan mak. Sebab mak kata mak suka suruh saya sebab mak sayang saya lepas tu mak kata nanti saya dapat pahala sebab bantu emak. Sebab tu la walaupun saya ni tak ada apa yang boleh dibanggakan sangat masa kecik-kecik dahulu, tapi saya jugak lah satu-satunya anak mak yang dimurahkan rezeki. Ke mana-mana saja saya ikut mak ke majlis kenduri ke, marhaban ke, barzanji ke, kawan-kawan mak suka bagi duit dekat saya. Bila balik rumah dah ada RM 30 - RM 50 dalam tangan. Saya tak mintak, tapi dorang yang bagi. Tapi itu memang style orang sabah suka bagi duit dekat anak orang. Kira masa zaman dulu-dulu saya terkenal di kalangan kawan-kawan mak. Oleh sebab tu saya rajin pergi majlis-majlis orang tua. Kawan mak, kawan saya juga.

Masa zaman sekolah rendah pula, saya ada satu geng. Iaitu mariam, nurleza dan ika. Kami berempat ni kawan baik. Mariam dan nurleza ni mempunyai saiz badan yang agak besar dari saya pada ketika itu. Maklumlah mungkin kerana faktor haid yang agak awal mungkin menyebabkan badan mereka agak mantap dari budak-budak lain. Nurleza pada ketika itu sangat awal melalui fasa bunga-bunga cinta. Dia dah ada boyfriend dan juga pada masa yang sama dah pandai tulis surat cinta. Terkebil-kebil mata bila baca surat cinta sebab pada ketika itu saya masih melalui fasa kanak-kanak riang. Tapi saya berlagak cool, siap jadi tukang penasihat nak tambah ayat apa dalam surat tu. Memang cool kepala hotak bila ingat balik! Selain itu saya juga rajin menemani nurleza ke public phone bawah tangga sekolah. Kebiasaannya kami akan escape 10 minit untuk subjek sains sebab cikgu tu tak garang. Agenda nya tak lain tak bukan bergayut dengan boyfriend lah. Saya pula sangat loser, syok sendiri rasa macam EE BESTNYA TEMANKAN KAWAN BERGAYUT DENGAN BOYFRIEND. TEMAN KAN PUN JADILAH, siap tambahkan syiling bila dekat screen public phone tu dah warning nak habis. Okay, loser kan? Ketawakan saya sekarang.

Mariam pula pada ketika itu sangat famous di kalangan budak-budak sekolah. Semua orang cuba mengurat dia. Ada yang kirim salam, bagi pen, ada yang kacau-kacau nakal padahal dalam hati suka dan pelbagai ragam lagi lah. Sebaliknya mariam pula tetap bertegas dengan pendirian tak nak ber-couple pada zaman sekolah yang masih mentah ni. Bagi mariam perkataan "couple" pada umur begitu sangat tak relevan. Jadi kesimpulannya pada ketika itu, lelaki-lelaki cuma mampu gigit jari kerana cinta monyet mereka ditolak mentah-mentah oleh beliau. HAHAHA kelakar! padan muka! Hey budak lelaki, kalau masa tu kamu tinggi dan kacak macam farid kamil aku rasa mariam tak tolak punya. Malangnya budak-budak lelaki masa tu bersaiz pendek dan berambut belah tepi. Tak cukup piawaian lah kiranya. Alahai..

Kawan saya yang seorang lagi ialah ika. Dia ni tomboy dan kaki gaduh. Kalau siapa-siapa cari pasal dengan dia, memang siaplah jawabnya. Paling best dia bukan gaduh dengan perempuan, tapi dia selalu bergaduh dengan lelaki. Dia ni tak pernah kenal erti takut. Pulas kolar baju orang, tolak budak ke lumpur, baling kerusi dengan budak kelas sebelah, eh nama kan lah apa benda ganas-ganas ni, semua dia buat. Tu lah rajin sangat tengok WWF, hambik kau dia praktis dekat sekolah. Saya ni pula tidak la samseng macam dia tapi sebagai kawan baik, saya terikut rentak dia sikit. Kalau dia gaduh, saya pun ikut gaduh. Heyy, jangan main-main ye kami pernah kena panggil dekat bilik guru sebab teruk sangat bergaduh dengan budak lelaki kelas 6C. Kawan saya yang dua orang lagi tu nurleza dengan mariam tak terlibat sama. Kan saya dah kata dorang datang haid awal sangat, maka fikiran pun matang la kan. Tapi yang kelakarnya ika ni dalam perangai tomboy dan kaki gaduh dia tu, rupanya ganas luar saja tapi dalam hati ada taman jugaaa. Ada hati dengan si Defry HAHAHA

Sebenarnya aku rinduuu dorang bertiga. Aku rindu tengok muka nurleza marah kalau aku cuba kotorkan baju dia atau kacau lipatan tudung dia. Aku rindu swiming dengan mariam pakai baju renang yang olololo comelnya cekcinya. Aku rindu jalan kaki balik sekolah agama dengan ika sambil nyanyi lagu sheila on 7 lepas tu pau 50 sen dari ustaz. Dan aku paling rindu bila kita satu geng bersatu hati bersama-sama membuli si Naim! HAHAHA naim aku harap betul kau baca entry ni. Kami minta maaf! Dulu kami memang jahat, tapi sekarang tidak lagi. Pls pls maafkan kami!

Dan perkataan pun tak mampu gambarkan betapa bersyukurnya aku pada tuhan bila dikurniakan kawan yang baik dan gila seperti mereka. Dan oh kalau di kira kami berkawan sejak kami berumur 10 tahun lagi. Maka pada tahun 2011 ni sudah masuk 11 tahun rupanya kami berkawan dan alhamdulillah kami masih sama-sama lagi walaupun jarak antara kami semua jauh-jauh belaka. Nurleza masih di Sabah dan masih dalam pengajian di Unitar, Mariam sekarang menyambung pelajaran di Gold Coast Australia dan Ika pula di Terengganu menyambung pelajaran dalam bidang Ussuludin di Universiti Darul Iman. Amboi tomboy jadi ustazah ye.


Dan sekarang baru la aku sedar rupanya aku dah besar. Okay salah, "kami" sudah besar!

Berkawan baik sejak berumur 10 tahun lagi.
Tak pernah aku bayangkan yang sehingga saat ini pun kami masih berhubung seperti biasa.
Dia jauh di aussie pun, tapi kau percaya tak kalau aku cakap, si mariam ni hari-hari call aku macam biasa. Kadang-kadang rancak sangat bercerita dalam telefon sehingga lebih 1 jam setengah. Kau ada macam tu?
Yang ni si nurleza. Duduk di sabah lagi. Tapi masih mencuba sedaya upaya call guna digi mak aku. Sebab kalau call number aku memang papa kedana la kan, punya la mahal Maxis ke Digi. Dan aku kalau banyak rezeki, kalau masyukkkk pasti ke sabah juga aku pulang! Dan ini pula kawan baik saya masa asasi. Zatul dan nisa. Dua-dua ni perempuan kesayangan saya dulu kini dan selamanya.
Nisa, ingat gambar ni? HAHAHA kelakar! Macam baru nak up kan kitewwww! Euww! Tapi sampai sekarang pun nisa masih jaga kita lagi. Bawa kita makan, hantar kita pulang. Tapi kita tak suka dia sebab dia selalu garang. Kak liza lagi lembut macam softlan. HeheDan makcik saya yang sorang ni pula macam biskut. Kejap ada kejap tak ada. Fine!

Dan sejak sambung degree, ini lah jantung hati saya. Syiqim, memey dan nasrul. Nasrul ialah hero kami bertiga!
Kami panggil dia ikim. Bunyi macam manjeww gituww! haha
Paling kanan sekali memey. Lecturer panggil dia artis. Sebab masuk kelas ada shades atas kepala. Haha kau mampu? *mata di atas tangan kat dada*



Dan anda pula bagaimana? Ada kawan baik? Baik tak dia?


27 comments:

storyfromme said...

kawan baik saya yang masih berhubung selalu tu kawan baik dari form 4.kawan dari kecik da jarang contact.

cik faiqah said...

so sweet la kak nurul:)
hope the friendship relationship will be remains forever:)

atien rashidi said...

sweet memori:)

nurulain zakaria said...

waaaa...rindu pulak zaman dulu..setiap detik berharga kan??asasi mane er?

ZarethAtiqa said...

HAHA kalau pasal begayut kat public fon masa cikgu mengajar memg banyak kali buat. temankan kawan ke, sy sendiri yg call ke, memg nakal giler! same lah kite! hihik ^_^

fiqaliqa said...

wah. nice entry. 1st time saya baca entry dengan rasa seronok dari mula sampai habis.

rindu kawan-kawan lama jgk :)

rara pinkmafia said...

huh! nice.baca sampai juling2 bijik mata.nice.i suka ayat KAMI DAH BESAR tu. =)

Saifudin Isa said...

nama kawan rapat aku Johny Depp.

Lulu Rahman said...

best lahhh . havoc :)

ENCIK TIKUS said...

haha... ada jugak.. bebudak shah alam memang cenggini ehh ? ekekek

Izyan Masri said...

BARU TAU SIS NURUL ORANG SABAH BAH.HIKHIK.RAJIN EYH TOLONG MAK KECIK2.NICE ! XD

missnanako said...

ADA!!dan baik! :) kelako ah nurrul!

intan.maisarah said...

alahai..sweet nya anda
pasti kawan kawan anda semua senyum
lap lap air mata terharu baca

NisaAdnan said...

acece sweet la kak nurul. comel je kwn2 akak ^^

y-A-n-A said...

seronok berkawan! tambah bahagia bila berkawan sampai bila2! :DD

meaw said...

waaaaa,kak nurul kalau lah g shopping sayur cam tu mmg lawak gilak, nak masak sehari ke nak wat kenduri terus,pape pon suka tengok kak nurul dari bawah terus maju macam ni ^_^

Ahmad Tongkeng said...
This comment has been removed by the author.
FaqeerSyada said...

takdepun.. :(

zarifah efa pahmi said...

kawan baik ramai..kawan susah senang mungkin kurang..hee..

sueasyiteru said...

wah bes jer persahabatan nurul kan klu saya cmtu gak mesti best...huhuhu sekarg nie kwn2 sume da x contact mmg jrg sekali....nk bhbg da sedey2

cik nur said...

kawan baik dari sebelum tadika still lagi cantact and rindu sangat dekat dia :)

aien.. said...

hope kawan kawan kite akan ade disamping kite..sampai bile bile kan?even jauh...tersenyum sampai habis bace bile bace entry u..=)

SYAFIQAHSALEH said...

sy pun ada bestfriend juga..since kami taski abim tau..masa tue umur 5 tahun lagi...bayangkanlah brape tahun kami berkawan kan..skrang dah nak msuk 21 thn..cool..

munirah ruslan said...

nasrul was my schoolmate time form 3 mcm tu lah. n he was real funny.

nice story of yours btw. :)

Farhana Malek said...

best nye you, ramai kawan. friendly sgt :) well, friendship never ends!

shidaidris said...

kawan datang dan pergi. memang baik tapi lepastu lost contact sbb semua dh kahwin dn beranak pinak

kawan sekolah lain . kawan uni lain, kawan kat kerja lain. pendek kata, ramai kawan tapi ntahlee

sekarang berkawan ngan semua orang

Cik Mun said...

so sweet. saya juga ada kawan baik dari high school smpi skrg xpernah lost contact. :)