Memandangkan saya masih lagi bercuti dan sehingga saat ni pun saya masih berada di kota kinabalu, jadi tidak mengapalah kalau saya jarang update blog ya? Maklumlah orang tengah bercuti kan? haruslah berjalan ke sana ke mari... Makan sana makan sini. Adui geli ni bah. Mintak pujik juak. Trip butul, maka di sabah jak bah. Belum lagi kau pigi australia ka london ka apa. Bah okay sambung lagi, hampir dua minggu sudah di sabah jadi macam-macam sudah tempat saya pergi. pergi pulau, pergi kaki gunung, pergi kundasang, pergi pantai, pergi one borneo, pergi jesselton point. Bah mana lagi kau mau? Kasi list jak bah, semua suda aku pergi tu. White room dengan cocoon jak ndak pigi lagi. Haha astagaaaa!
Bah jadi, bersedialah untuk merasa cemburu selepas melihat segala gambar di bawah ni okay? Tarik nafas panjang-panjang dulu lepas tu kalau masih juga rasa cemburu mengucap la banyak-banyak. Haha joke! Eh eh kejap, okay ka cakap sabah ni? Faham ka juak? Bah sorry la kalau ndak faham. Mari cakap semenanjung semula.
Masa ni dekat restoran di one borneo. La Fuete Tapas. Dekorasi dalam kedai ni lawa. Banyak gambar-gambar lama. Sebab tu saya pun tak ketinggalan menjadi klon si baju merah dalam gambar atas tuuuu.
Lepas makan, terus bergambar. Orang dalam restoran ni baik-baik belaka siap bagi moral support semasa mengambil gambar. Cool betul bah orang sabah ni!
Haa yang ni pula semua geng saya semasa keberadaan di kota kinabalu. Hensem-hensem semuanya. Pilih la mana-mana yang berkenan. Tapi saya percaya mereka ni semua berumur 40 tahun ke atas. Tapi tak mengapa, usia bukan penghalang bukan?
******
Naah now im at the Tip of Borneo, Simpang Mengayau of Kudat. One of the most beautiful spots in Sabah.
Enjoy the stunning view.
Perjalanan selama 3 jam dari Kota Kinabalu ke tempat ini amat berbaloi tambahan pula tiada sebarang bayaran di kenakan untuk memasuki kawasan ini. Kepada sesiapa yang bercadang untuk bercuti ke sabah, jangan lupa untuk singgah ke simpang mengayau ya? Kenapa? Sebab percutian anda tak akan lengkap kalau tak rasa keindahan semulajadi di sini. Letss!
**********
Gambar yang ni pula semasa berada di bukit bendera. Bukit bendera ni adalah port terbaik untuk melihat pemandangan di sekitar bandar kota kinabalu dari aras atas.
Langit di kk ni masyallah cantik betul! Tak percaya? Tunggu kejap. Tengok lagi gambar-gambar lepas ni.
Empat bersaudara. 1 hero, 3 heroin.
******
Yang ni pula semasa berada di pantai area sutera harbour. Acara menunuggu sunset beramai-ramai.
Betul-betul di bawah sinaran cahaya matahari. Secara tak langsung nur-nur telah menerangi diri ini.
Bah jadi, bersedialah untuk merasa cemburu selepas melihat segala gambar di bawah ni okay? Tarik nafas panjang-panjang dulu lepas tu kalau masih juga rasa cemburu mengucap la banyak-banyak. Haha joke! Eh eh kejap, okay ka cakap sabah ni? Faham ka juak? Bah sorry la kalau ndak faham. Mari cakap semenanjung semula.
******
**********
******
******
******
OKAY UNTUK GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH NI, SILA TARIK NAFAS SEDIKIT PANJANG LAGI.
Tengok! betul kan saya dah cakap, bercuti di sabah ni berbaloi-baloi macam celcom. Semua ada. Pakai tudung sambil ditiup angin pun adaaaa.
Ini lah aktiviti sepanjang hampir dua minggu di sabah. Telalu banyak tempat yang menarik harus di lawati lagi. Minggu ni pula cuti banyak dihabiskan bersama kawan-kawan lama seperti nurleza, mariam dan sharmila. Okay kena tidur awal, esok pagi pergi beufort pula dengan mariam! Okay, jumpa lagi ya? Have a nice weekend, everyone! Aramaiti!
p/s : Inginkan percutian yang ideal? Sabah adalah jawapannya!


