Thursday, September 30, 2010

LOOKBOOK.

I'm on lookbook! Feel free to check out my profile: http://lookbook.nu/nurultalktalk



Okaay, thats all. Cakap sikit saja hari ni. Keadaan tak mengizinkan. Been suffering from flu and cough. Bukan nurul cakapcakap dah, sekarang nurul sakitsakit. hehe. Bye, take care ya:)

love,
nurul




Monday, September 27, 2010

KITA ENJOY!

Banyak betul benda bekejar-kejar dalam kepala sekarang ni. Sampai termimpi-mimpi sebab teruja gila. Tapi nampaknya segala perancangan dan impian itu harus ditekan butang "PAUSE" terlebih dahulu kerana final exam semakin lama semakin mendekat. Ha kalau macam tu pergi jauh-jauh sikit. Tolong jangan dekat. Okay sekarang jantung dah bergerak laju. Macam mana lah jantung tak laju, belajar tak khatam lagi tapi exam dah nak sampai. Banyak jilid yang tak cover maka terhasil lah EXTRA CLASS SAMPAI KE MALAM. Haaih. Kepada kawan-kawan sekelas-ku, selamat maju jaya. Oh ni ada terselit gambar kita masa kelas MLS minggu lepas.

Perempuan -perempuan saya.
Amboi memei, sexy betul pose kau tu. Syiqim, dalam gambar tak perlu nak buat fake call sangat! HAHA
Bertiga. On the opposition side.
Kalau ada anugerah untuk pendebat ter-kelakar, dengan sepenuh hati aku sokong kau lah nasrul! HAHA bodoh gila kalau ingat balik. Hakim pun ketawa sekali, macam mana tu? Azrizan, kau macam DSAI la pulak dalam gambar ni. Macam ni, ni dengan yang ni. Sempat selit ni. Semangatnya aku.
Haaa yang ni! yang ni! Gambar kegemaran sampai hujung dunia. Cantik! Tengok jugak la siapa tukang ambil gambar ni. Eh eh ter-puji diri sendiri.

Okay yang ni cerita lain pula. Malam ni kami sambut birthday memei!!
Its your birthday, so tell me what you wanna do? Tiba-tiba ada lagu Mizz nina. Haha okay tak nak main-main. Serious serious. 22 tahun sudah kau ni mei. Tua sudah. Tapi jangan risau, age is just a number kan? Happy birthday ya, semoga panjang umur. May this day always be a special one to remember okay darlingg?
Hadiah ikhlas dari kami semua. Fuhh fuhh bestnya! Setahun sekali dapat hadiah macam ni, apa salahnya. Padahal dalam hati memei, PENAT AKU BECANTIK-CANTIK. KALAU AKU TAU JADI MACAM NI, BAGUS AKU BERSIAP ALA BIBIK-BIBIK!
Yang penting walaupun dah transform sebegini rupa, habis cake bertaburan dihenyak ke muka, macam biasalah memei masih sempat bagi pose yang gorgeous, fabulous & etc. Malas la puji kau lebih-lebih mei. Kembang hidung kau nanti. Hehe. Happy birthday!

***********************

What's on your mind? Exited gila!
-tunggu kepulangan mariam dari bumi kangaroo.
-sedang membilang hari untuk terbang ke syurga dunia.
-reunion dengan kawan-kawan lama.
-nampaknya kena selesaikan exam dulu lah baru dapat buat Pre-Loved.

Yang penting habiskan exam dahulu lepas tu kita? ENJOY!


Monday, September 20, 2010

tak habis-habis raya haih!

Mesti dah bosan kan asyik belog pasal rayaaaaa memanjang. Haih setahun sekali lah. Bulan-bulan seterusnya memang tak dapat lagi nak cerita pasal raya ni, boleh je kalau nak buat tapi macam gila la pulak. Jadi, tak mengapa lah. Biarkan saya dengan mood hari raya dulu okaay?
Mukaddimah untuk entry ini ialah gambar hitam putih dibelakang dinding bekas tinggalan sejarah. Saya suka gambar ni, walaupun kakak saya kata macam mona fendi.
Ye ke macam mona fendi?? *sambil garu-garu kepala*
Hari ni kami beraya di melaka. Kejap ya, kami jalan-jalan dulu.
Pertandingan tiru gaya. Sama tak?
Eh lambang segi tiga! Adakah kami bertiga pengikut freemason? HAHAHA! Sekarang ni nampak lambang segi tiga je mesti ada kaitan dengan freemason. Kalau macam tu bungkusan nasik lemak agak-agak ada kaitan dengan freemason tak? Typical malaysian mindset.
Kawan saya :)
Abang adi bekas hero remaja tahun 99. HAHA
Azmy nerdsery

Rindu Iraaaaaaa. Walaupun badannya sungguh berat sehingga tangan sempat merasa kebas.
Ini orang yang berpenyakitan. Tiap kali lepas makan beliau dibekalkan dengan sejenis serbuk untuk dibancuh ke dalam minuman. UUUUU..RAAAALL!
Okay, raya di melaka dah habis.

Ini pula raya ke berapa entah, raya ke-4 kalau tak salah.
Dah dah la tu abang adi. Nak control hensem je. Euwww!Ini daniel. Dia sangat comel dan bijak. Rajin bersalaman dengan orang sambil mengucapkan maaf zahir & batin. Comel kan macam tu?
masa untuk?? MELANTAK!
Depan makanan, tak payah nak kecoh sangat. Pi makan la woi!
Tak habis-habis dengan kisah Dr Rozmey "pecah panggung". Kesian beliau, tak pasal-pasal dijadikan topik perbincangan di hari raya.
YEAHH KAMI MENANGGG! Pihak lawan tak dapat membuktikan kenyataan kukuh mengenai abang adi yang kononnya adik angkat kepada Dr Rozmey. Bukti dengan membeli surat khabar kosmo saja tidak memadai. Kebanyakan orang pun beli surat khabar kosmo juga. Maka dengan itu, adakah beribu-ribu rakyat yang membeli surat khabar kosmo akan diklasifikasikan sebagai adik angkat Dr Rozmey juga? HAHAH the dumbest conversation ever.
Daniel lagi :)
Okay, lepas ni dah tak ada lagi belog tentang raya. Tahun depan baru adaaa. Itu pun jika masih ada dalam dunia. Selamat hari raya semua! Ini ucapan yang ke berapa puluh kali entah saya dah ucap. Oh ya lepas ni nak jual baju & beg yang tak diguna pakai lagi. Tunggu la mungkin esok atau lusa ya? Jumpa lagiiiiii.


Saturday, September 18, 2010

Oh raya rumah ter-bukaaaa!

Oleh kerana 16 september ialah cuti umum di seluruh malaysia maka kami sekeluarga telah memilih tarikh yang baik ini untuk membuat rumah terbuka. Terbuka bermaksud pagar terbuka, pintu terbuka, hati terbuka, pendek kata semua terbuka. Cuma baju saja yang tak terbuka, eh opss terlebih sudaa!

Idayu, aina & riza. Terima kaseh dah datang. Terharuuu.

Okay, rasa macam tak adil. Walaupun tak rabun lepas ni nak beli spek mata jugak lepas tu kita bergambar semula. Baru lah padan.

Ibu kepada arwah Aminul Rasyid juga turut datang malam tu. Sempat buat sedikit bacaan Do'a untuk di sedekahkan kepada arwah.
Aina dah nak balik. Amboi amboi .. gedik santai. Pose tempat lain, camera arah lain. Haihh.
Thanks for comingggg!Nawaaaal! Saya benci budak ni! Semua orang nak angkat dia. Habis saya?

Orang tua pun tak ketinggalan ye nak bermain bunga api. Tragedi malam tersebut, Nawal telah membaling bunga api dekat kaki ini. Oh tidakk! Okay, tak nak main dah! Habis kaki saya terasa pedas macam kena sapu dengan losyen sambal belacan. Pedihnya mak tolongg!
Terima kaseh ye dah datang.Terima kaseh.. Terima kaseh.Bersama Azee Luna yang cantik rupawan memikat hati setiap mata yang memandang.
Aku suka betul dengan kanak-kanak riang ni. Nama dia fatihah, adik kepada kak ayu. Super duper hyper.
Terima kaseh kepada penaja polaroid! Kesian jiha. Nasib kau tak teriak WOI WOI KAU HENGAT FILM DIA MURAH KE BOLEH MAIN AMBIL JE BERATUS RIBU GAMBAR? Hujung bulan pergi tagih duit dekat kakak-kakak awak yang dah kerja ye.

Okay akhir sekali terima kaseh ye buat semuaaaa yang datang rumah terbuka semalam. Tahun depan datang lagi. Eh lama sangat nak tunggu tahun depan, ha esok pun boleh. Datang je lah. Beribu-ribu sayangggg untuk semua! Selamat hari raya.


p/s: Syiqim mana? mana? tak ada kan? tak datang kan? memey tak apa. dimaafkan la sebab dia dekat kampung lagi. okay, fine! Tak nak kawan 2 hari. Bye!



Sunday, September 12, 2010

RAYEAH!

Hye, asslamualaikum dan selamat sejahtera. Dengan senyuman yang tulus ikhlas dihadapan sebuah camera, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semuaaaa kaum Muslim sedunia. Have a blessed raya. Dan tak lupa juga to the non-Muslim members, happy holidays ya!
Raya pertama? Semuanya biasa saja. Pagi-pagi mak bising sebab bangun lewat, apa taknya malam raya tu pukul 2 pagi masih dekat pkns cari kueh. Ingat ada la lagi, sekali semua dah habis. Dan seperti biasa lah pagi raya lepas solat ayah mesti panggil semua turun ke bawah nak bersalaman, tapi kami adik-beradik ada yang belum bersiap, ada yang tengah pakai tudung, ada yang masih dalam toilet dan lain-lain lagi Pendek kata banyak anak ni, ragam pun memang banyak lah kan. Jadi kalau tak nak banyak ragam, jangan lah banyak anak.
Dan raya tahun ni saya pakai purple! Adik saya pula biru muda, kakak saya pula hijau terquoise. Kalau kesan gambar yang macam ni, memang tak ada orang lain la. Memang si jiha punya kerja. Very the citrawarna!
Haihh gambar ni memang tak sempurna. Kak ati tak ada, kak ade tak ada, abang ibnu tak ada, abang MIA tak payah cakap la. Semua ada di merata tempat. Dah berkeluarga la kata kan. Kiranya yang ada dalam gambar ni saja yang belum berkeluarga. Available lah gituuu. Jadi mari sini makcik pakcik, pilih mana satu nak di jadikan menantu hantu. Oh ya kakak i raudhatul jannah pula pagi-pagi dah gerak buat liputan ke kuburan arwah adik Aminul Rasyid. Maka, gambarnya juga tiada terpampang disini. Tak apa lah, kerja di pagi raya pun bagus juga. Apa pun mari sedekahkan Al-fatihah buat arwah.
Ingat tak ada gambar kita bersama, sekali tengok dekat FB awak ada la pulak gambar kita berdua. Eee sweeet sangat awak ni tau. Rasa nak cubit-cubit manja boleh?

Iklan ubat batuk cap ayah dan anak. Gambar ini diambil semasa berada di kampong telok gadong, klang.

Okay segala gambar dibawah ni pula, adalah gambar sebelah malam raya pertama. Baru lepas nangis dekat bilik sebab rindu nak beraya di sabah macam dulu-dulu, sekali abang anuar dan gerombolan sekalian datang beramai-ramai beraya ke rumah. Haihh, hati berkecai pun boleh bercantum semula la macam ni :) Em apa lagi nak cakap ya? Layan je lah gambar-gambar orang yang kurang kasih sayang dekat bawah ni okay.
Geram sampai rasa nak cekik orang!
Alaa.. maluuuuu..HAHA gelakkan fadhli yunus! Amboi sungguh plastik ye keayuan anda semua.

Dan akhir sekali kepada semua, kalau selama ni saya ada tersalah terlepas termengada atau pun terlebih sudaaaa.. dan apa pun jua ter-ter yang berkenaan minta maaf sekali lagi. Let's forgive and forget. Yang baik itu datangnya dari tuhan dan yang buruk itu pasti datangnya dari diri saya sendiri. Have a Blessed Eid and may Allah bless us all.