Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA?


31 ogos, cuti umum. Tepat pukul 12 malam BOOM BOOM BOOM sana sini. Aku rasa gegarannya. Terkejut juga sebentar. Ohh iya, itu mesti bunyi percikan bunga api sambutan merdeka. Terfikir juga aku mesti ramai yang pergi menyaksikan bunga api yang berwarna-warni tu. Dan aku? Cuma duduk di rumah sambil mata bertentang pada skrin komputer.

MERDEKA!

Kalau mengikut sejarah buku teks dari masa zaman persekolahan yang aku baca dan sudah tentunya kamu juga membaca buku yang sama, benarlah kita Merdeka pada tanggal 31 ogos 1957. Itu yang dicanang di dalam buku teks sekolah.

Namun mengikut faktanya tanggal 31 Ogos adalah hari kemerdekaan bagi Tanah Melayu sahaja dan bukannya bagi Sabah dan Sarawak.

Seperti yang kita sedia maklum tanggal 16 september telah diumumkan oleh kerajaan sebagai cuti umum atas sebab pembentukan negara Malaysia dengan kemasukan dua negeri tersebut. Persoalannya, mana satu hari kemerdekaan untuk negeri Sabah dan Sarawak? 31 ogos kah atau 16 september kah?

Tidak hairanlah masih ramai yang mempertikaikan hari kemerdekaan Malaysia sepatutnya diletakkan pada 16 September 1963, memandangkan ia adalah tarikh sebenar penubuhan Malaysia.

Entah la, aku pun keliru.

Okay, berbalik tentang cerita Merdeka.

BEST TAK DUDUK MALAYSIA? si tukang tanya maksudkan "Malaysia" itu adalah semenanjung. Kelakar. Sumpah, ini sangat kelakar. Kau ingat Sabah Sarawak dari negara mana? Kalau ingat Sabah Sarawak tu dari England kah? Kalau Sabah Sarawak tiada, kau rasa ada tak penubuhan Malaysia macam hari ni?

ORANG SARAWAK PAKAI CAWAT EH? hehhh haha tengok noh hujan dengan zee avi dulu k.                                                                                                                                                                                                               a

Kalau di ikutkan banyak lagi benda yang menjadi pertikaian. Kalau di ulas satu persatu sampai esok pun masih tak khatam lagi. Sebenarnya benda ni kelakar. Bukan kelakar tentang orang Sabah Sarawak pakai cawat dan duduk atas pokok segala. Itu memang mengarut. Tapi ia jadi kelakar sebab secara langsung menunjukkan betapa rendahnya pengetahuan mereka tentang negeri di negara sendiri.

Kalau tak tahu, jangan cakap macam kau tahu. Apa kata, pergi tengok Sabah Sarawak tu dahulu. Tiket memang mahal, tapi cuba beli dari air asia. Mana la tahu ada promosi tambang murah. Pergi sana sambil makan angin, dapat menambahkan ilmu pengetahuan juga. Dapat tengok Sabah Sarawak yang sebenar. Barulah jadi orang yang tak ketinggalan. Bukan apa, terlolong kata Sabah Sarawak tinggal bawah pokok, tapi nampaknya kau yang macam tinggal bawah pokok. Cakap banyak, tapi tarak. Ini zaman dunia tanpa sempadan la weh. Dan kalau kau memang tak mampu beli tiket ke sabah sarawak pergi la google ke yahoo ke buat la apa-apa kajian walau dalam alam maya sekalipun. Sekurang-kurangya pengetahuan itu perlu ada. Apa ni, kata rakyat Malaysia, tapi pengetahuan tentang Malaysia sezarah saja. Percaya atau tidak, pelancong asing lagi tinggi pengetahuannya tentang Sabah & Sarawak.

Rakyat Malaysia sendiri bagaimana? Inikah makna Merdeka?


edit:
Lihat entry MARIAM ni. Turut mengulas isu yang sama. Yam, memang kita ni ditakdirkan kawan sampai mati. haha

Saturday, August 21, 2010

Kini Tiba Masanya Berhari Raya

Sebab kalau pergi mana-mana PKNS ke SACC ke mesti pasang lagu ni. Jadi i pun tak nak kalah jugak. I pun nak jugak ada lagu raya. Baru dapat feel konon-konon tengah sibuk buat persiapan raya. konon lah kan, KONON! haha
Raya tahun ni baju kami semua lebih kurang sama, cuma warna saja yang berlainan. Eee tak sabarnya nak jahit baju! Tengah tunggu tuan punya kedai, nak terima tempahan jahitan lagi ke tidak? Semua tempat dah tak nak terima. Semua dah penuh. Yang nak terima tu, nasib-nasib la tu pun mak aihh cekik darah bukan main! Memang tak la kan.Terima kasih makcik sebab masih terima kain kami! Kalau makcik tak ada habislah kain kami tak ada orang jahit lepas tu nanti akhirnya tak ada guna jadi kain lap, tak pun jadi kain perca. Hehe thanks tau! Sayang makcik walaupun kita baru jumpa sekali.
Makcik sedang mengukur pinggang, lengan, perut, kaki, dan sebagainya. Sungguh ikhlas makcik ini meneruskan perjuangan mengukur badan kami satu per satu. Makcik, bahagian pinggang jangan ketat sangat tau. Takut nanti masa raya baju jadi sempit sebab tak habis-habis melantak makanan yang sedap-sedap di rumah orang.
Makcik, tengok ni. Saya telah berkhidmat secara sukarela ukur badan kakak saya guna pembaris apa entah saya pun tak tahu. saya main tibai je. Yang saya tahu, saya nak ringankan bebanan makcik. Itu je niat saya.
tak sabar dah nak tunggu giliran kena ukur. sebab tu jadi sakai.
Yeaah! Seminggu sebelum raya baju dah siap. Tak sabar ni! Tak sabar ni!

Okay makcik, seminggu sebelum raya kita jumpa sekali lagi. Tunggu kedatangan saya tau? Sayang makcik!


Saturday, August 14, 2010

cuma dengan beberapa langkah, saya dah boleh pergi berbelanja.

Oleh kerana depan rumah dah ada macam-macam. Dah ada jakel, old town, ayam penyet, rasa mas, jm briani, eh kenapa aku ter-promosi semua benda ni haha padahal cuma nak bagitahu yang depan rumah dah ada kedai jakel jadi nak shopping raya dah tak perlu pergi jauh-jauh. Keluar rumah, bukak pagar, dan terus menyeberangi jalan. Oh mudahnya! Jalan sikit beberapa langkah, dah pun sampai dekat jakel. Tak perlu berkereta, dan tak perlu isi minyak. Sesungguhnya jimat! Maklumlah harga minyak dah naik, jadi kena pandai-pandai cari jalan bagaimana cara untuk berjimat dan bercermat. *hehh macam ye ye*
Okay. Sekejap ya, saya nak melintas jalan dahulu.
Dah sampai. Bersedia untuk merasa geram.
berada di world of cottons. di area ini, harus bersedia untuk menghadapi kain-kain yang lawa cantik comel ayu dan yang sewaktu dengannya. Kita juga harus kuatkan semangat, iman dan banyak beringat tentang berapa kupang saja yang ada dalam saku kita kerana pada saat ini kita secara automatiknya,
telah digoda..tergoda..dan menggoda.. haha
membeli sambil tolong akak jakel tu potongkan kain. eh saya dah macam buat kerja part time pulak. hikhikhik.. *ketawa kecil*
TOKEY! U NI DAH LA HENSEM, BAGI LA KURANG SIKIT. apa? hensem? terus dapat kurang. haha sukeee mak!
Abaikan penggunaan baju kebaya tersebut, baru balik kenduri walimatul urus jiran sebelah ni. Okay, dah siap berbelanja untuk hari raya. Lepas ni nak jahit baju pula.

Puasa.. puasa.. puasa..makan.. makan.. makan.. haih pergi jauh-jauh la wahai nafsu. Cakap pasal makan, bazar ramadhan mana yang best? Dekat seksyen 7 macam-macam ada. Tapi mak aihh sesaknya ya ampunnnn!

Friday, August 6, 2010

entry untuk dedek!

okay, nampak tak budak kecik berbaju oren, bercardigan pink dan bercelana pendek itu? sebelum bercerita lebih lanjut, ada sedikit latar belakang tentang budak ni. nama nawal huda. nama manja pula dedek. umur, 2 tahun setengah. sedang mengikuti pengajian untuk pengukuhan tumbesarannya di taska az-zahra. berperibadi sopan, matang dan selalu mengalah terhadap kakaknya yang sangat cengeng. beliau cenderung kepada bahan-bahan solek dan yang berunsurkan kewanitaan. tidak berminat menonton kartun dan lebih suka bergaul dengan orang tua yang beza 15-20 tahun daripada usianya. oh ya, satu lagi paling penting dia selalu kata SHAHIR NAWAL PUNYEEEE! oh my.. ya ampuun.. kecik- kecik dah perasan. karang dah besar?? hadoihhhh.. siapa nak jawab?
oleh kerana sifatnya yang sangat bertoleransi dan tak banyak songeh itulah membuatkan kami merasa amat selesa berjalan seharian bersama ke mana jua. dia tak ada la nak merungut kaki sakit ke, penat ke, nak mama ke, tak ada okay?
dia memang jenis yang cool gila. ikut saja dan tak banyak bunyi. asalkan....
makan dan minumnya lengkap, cukuplah.
haih tak adil la kan temankan makciknya jalan sana sini tapi awak tak dapat apa-apa? jangan risau ya nawal. ni ha.. dapat kacut baru laa. haissh comel, kecik-kecik dah ber-cotton-on-kids-segala. eh tak boleh jadi ni, kenapa masa zaman aku cuma ada kikilala dan kiko? kenapa? kenapa?
tiba-tiba saya rasa saya dah cukup besar dan matang bila dah punya handbag sendiri. jadi saya pun bajet la macam saya dah ada duit sendiri. jalan-jalan sendiri dalam kedai sambil tengok-tengok patung konon. hehe semuanya comel. geramnya saya tengok. tapi memang berangan la kan? sebab nenek mesti marah kalau nampak saya bermain anak patung. nenek kata nanti malaikat tak masuk rumah. emm.. ye lah, tak apa lah. ikut nenek la. *pasrah*
eh kejap ye. duduk kejap. rasa macam penat sikit dah.
nak beli air la. dah penat, rasa haus pula.
lega dah sikit. okay, perjalanan dah boleh diteruskan.
tengok, saya dah mula aktif beraksi.
saya dan makcik saya.