pernah tak kau rasa hidup berhari-hari dalam satu rumah yang selama ni ada mak kau, ada ayah kau dan ada kakak-kakak kau yang lain. tapi kali ni cuma tinggal kau dengan kakak kau saja yang ada dalam rumah tu sekarang. kesimpulannya hanya kamu berdua saja dalam rumah tersebut. memang gila terabai. nak nak lagi kakak kau tu seorang yang sibuk dengan kerja. pergi kerja awal pagi dan balik kerja lewat malam. hidup dah tak ada pilihan, kau terpaksa keseorangan dan kesunyian. lepas tu kau pun layan lagu "lonely" by akon a.k.a pak itam.
makan entah ke mana. mandi entah kemana. kemas rumah tak payah cakap la. dah kemana-mana. kesian gila okay. ini yang menimpa pada i sekarang. segala hal terabai dan juga serabai.
kemarin kakak i tak pergi kerja, dia dapat cuti. bagus lah alhamdulillah. ada la jugak kawan. dan disebabkan itu juga kami bergabung meneruskan tidur hingga ke tengah hari, faktor tersebut disokong kerana ketiadaan mak dan juga ayah, maka kami sangat bermaharajalela hingga bangun tengah hari buta. astaghfirullah.. mak mertua, ayah mertua, besan & ipar, sila reject awal-awal. HAHAH
hidup dah tunggang terbalik. dah macam orang tak ada life. loser gila. nasib la dah plan nak pergi sunway. dah petang baru gerak keluar sebab waktu siang di belanjakan dengan membuang masa ber-online dalam bilik sambil bergosip tentang dak "epul bau kari" tu. HAHAH! ya allah petang-petang baru nak mulakan hidup. apa nak jadi la budak-budak ni.. haih okay mari mulakan hidup. nak jalan! nak makan! nak shoppinggg! ceh padahal i tak ada duit pun.

ini lah loserr. adik beradik yang kesepian.


posisi i pada ketika itu cuma penasihat saja. kesian terpaksa kawal nafsu.

kalau kami keluar bertiga, mesti muka dekat atas ni akan jadi mangsa sebagai tukang belanja. sesuai sangat la tu.awak kan dah bekerjaaaa.

eh awak! kalau tak control makan, esok-esok saiz seluar awak tu jadi 31-32 balik tau. jaga-jaga sikit.

kami antara pelanggan terakhir ayam penyettt!
dah nak tutup baru nak sedar diri. okay bye ayam penyettttt!
eh perlu ke eja ayam penyet jadi ayam PENYETTTTTT?

okay i tak nak pandang camera. i nak pandang yang baju hijau tu jeeee. haha

thanks la kakak. walaupun awak kurang bertanggungjawab kerana tak sediakan makan minum saya dekat rumah, tapi awak tetap beri nafkah bila dekat luar. semoga tuhan beri rezeki yang berlipat ganda dekat awak nanti. amin ya rabbal alaminnnn!!!