Tuesday, April 20, 2010

Lawan tetap lawan



tempat aku curahkan tulisan riang, hari ni aku jadikan seakan benteng pertahanan. mempertahankan diri aku dan pandangan aku. kalau kau boleh? maknanya aku juga boleh. biar kita sama rata. hak kau bercakap tentang aku, dan ini pula hak aku mempertahankan diri aku.



dan yang lebih menghairankan, tahap prihatin kau pada aku, sampai conversation antara aku dengan kakak aku pun kau ambil tahu? betul, kau benar-benar menakutkan aku.


kalau setakat ambil tahu, itu masih boleh diterima. tapi kau siap mengulas apa yang aku cakap sehingga boleh menjadi sebuah karangan 2 muka surat. ohmyyy!


jangan terus menilai segala kata, tapi lihat dahulu unsurnya. perkataan anjing itu bukanlah suatu yang luar biasa. "politik itu anjing" adalah sebuah kata yang berunsurkan imiginatif dan hiperbola. ia akan menjadi luar biasa jika aku kata secara terus yang si polan itu perangai macam anjing, atau si polan itu mukanya macam anjing. itu barulah luar biasa. sungguh aku tak suka berlagak jadi cikgu semata-mata untuk memahamkan kau apa maksud "politik itu anjing." yang perlu kau tahu, berfikirlah secara matang. berfikirlah dalam-dalam. apa yang kau baca tidak semestinya maksudnya sama. cubalah memahami maksud sinikalnya. bukan terus menghentam tanpa periksa.

dan ya, kau tak perlu membandingkan pemikiran orang lain dengan tokoh-tokoh islam terdahulu. itu semua orang tahu. tak masuk akal cara kau mempersoalkannya. aku ini manusia yang masih berpijak di bumi yang nyata. siapalah kita yang cuma manusia biasa. dan kau jangan pula cuba menyamakan cara aku berfikir macam yahudi laknatullah. bukankah sebelum kau cakap orang lain, kau sepatutnya pandang diri sendiri ke cermin dahulu. soal pada diri, kenapa kerajaan minta khidmat nasihat dari yahudi laknatullah yang kau sebut-sebutkan itu. tunjuk satu jari pada orang, empat jari lagi tu tengah menghadap ke arah diri sendiri. fikirkan itu.


bercerita tentang rasa syukur. aku juga seperti kau. bersyukur dengan apa yang ada. siapa kita untuk bersifat takbur? pernahkah aku mendengus dengan pembangunan yang ada? aku bersyukur dengan nikmat yang ada. nikmat keamanan yang kita rasa. jadi kenapa perlu aku mengkritik dengan kemajuan ini semua? kau silap sebenarnya. lain kali biar punya fakta. jangan sembarangan mengata.



biar aku bagitahu kau sesuatu, dalam dunia ni semua orang tidak sama. bermacam jenis ada. orang jenis macam kau ni bagus, lihat kemajuan dan bersyukur. aku ulangi, bagus! tapi bila ada golongan yang mengkritik, kau katakan tidak bagus? tidak bersyukur? jadi yang kau harap satu dunia ini semua tunduk diam? yang salah dibiarkan? yang salah tidak dibicarakan? memang lah akhirnya kita semua nanti jahanam. ingat, jangan kerana terlalu berterima kasih kau halalkan jenayah depan mata. jenayah apa? tidak perlu kita kata. semua sudah sedia bicara.


aku bukan benci kerajaan yang sedia ada, tapi aku benci cara mainan politik mereka. dari dulu hingga hari ni, tiada apa yang berubah. demi kepentingan politik sanggup mereka lemparkan orang yang tidak bersalah ke ISA. yang mengerikan lagi, bagaimana seorang ketua keselamatan negara boleh menjadi dalang mencederakan dan melebamkan mata insan tidak berdosa? dan paling jijik ada juga manusia yang dengan suka cita menjadi sukarelawan kononnya dia adalah mangsa. nah ambik ni, tuihh!


dan ingat, siapa yang musnahkan all the institutions of democracy in Malaysia including the independence of the judiciary? siapa?


kalau bercakap mengenai otak sempit, sebelum cakap orang lain, cuba fikirkan diri sendiri dulu. jangan lupa, pokok tak bergoyang kalau angin tak datang.


perkara begini sebenarnya lebih kepada pandangan peribadi. kita semua punya pandangan sendiri. persoalan sebenar pada isu ini ialah our political views and idealogy adalah berbeza. tapi aku anggap ini perkara biasa, itu adalah lumrah dan terlalu remeh untuk dijadikan bahan buat mengata belakang. you should just be straight forward and tell me how you really feel. its okay to be straightforward to a certain extent. and you know what 'hypocrite' means? yes, we both know. and i just hate everything about it.

sebenarnya aku kurang gemar melekatkan isu politik di dinding blog ni. sudah tentu ramai yang kurang senang. apa pun isinya, pasti bukan untuk kamu kawan kawanku. entry ini tidak di dedikasikan pada mana-mana nama, cuma untuk peringatan buat yang merasa.


be nice and treat me nice. and ya, i will treat you the way I'd like to be treated.