Okay i telah pun sampai di Malaysia dan selamat tiba di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang jaya tepat pukul 2.30 petang. eh tepat ke? tak berapa tepat kot. Propa je aku ni. ketibaanku di airport tersebut sangatlah comel dan membuatkan senyumanku meleret hingga ke telinga dengan kehadiran tiga orang tersayang iaitu hjh husna, ibu tercinta, raudhatul jannah, kakak tercinta dan juga ahmad zamir, kekasih tercinta. Awww semua orang orang yang i cinta datang jemput. Terharu makkkk. Mula mula sampai i terus peluk mak kuat kuat. Sori ahmad zamir. Kalau saya peluk awak nanti mak lempang saya pulak. Silap silap awak pun kena lempang sekali. okay, sekarang dah tak jauh dah. Tak ada lah bila call asyik cakap rinduuuuu.. rinduuuu.. lepas tu baru cakap dalam 7-8 minit terus mati sebab kredit tak banyak nak cakap lama lama. Sekarang ni nah hambik la cakap la sampai lebam. sampai hp tu meletup. Sampai battery kembang. Tak adanya talian terputus lagi. Kita kan guna plan maxis family plus. Awak dan saya sama sama menikmati talian percuma. Eh sempat pulak nak tunjuk eksyen dekat sini. haha menyampah makk.
Okay sekarang cerita tentang Medan Indonesia pula. Medan is the third largest city in Indonesia, next to Jakarta and Surabaya. Eh skemanya aku menerangkan. Okay la i tak tau nak describe macam mana. Apa yang i boleh gambarkan Medan ni sebuah kota yang sangat sesak bila waktu siang. Dekat jalan raya tak pernah lengang. Bunyi hon bersahut-sahutan. Kalau sesiapa yang nak dapatkan ketenangan bercuti di Kota Medan ni memang tak dapat la den nak nolong nye. Tapi kalau niat nak habiskan duit nak beli barang barang murah memang sumpah tak rugi. Dah la harga dia murah murah, nak nak lagi duit kita yang RM ni ditukar pada RUPIAH, aku yang orang miskin ni pun boleh jadi kaya dekat sana. Paling kecik duit dalam dompet 1k okay! tapi rupiah la. hahah propa gila. Tapi serius memang tak rugi. Barang barang dia macam baju, seluar, skirt, kasut semua memang lawa. Okay i ulang LAWA. Pada semua yang merasa diri mereka perempuan sila bernafsu. Bayangkan dia ada satu bangunan tu nama dia "petisah". tempat tu macam satu tempat jualan baju, kasut, bag semua dalam satu gedung tu tapi ada banyak kedai la. 1 hari tawaf keliling pun tak habis. Lutut ni kalau dapat letak skru, letak la. Senang sikit nak jalan tak ada la rasa nak tercabut lutut kaki semua. Lepas tu kan harga MURAH siap boleh tawar menawar dan rayu merayu lagi. Cool gila kan?
Cerita pasal makan pula, Ya Allah! i tak tahu nak cakap macam mana lagi. Food comes looking for you. SUMPAH SEDAP! SUMPAH! i yang jenis tak berapa selera nak makan banyak banyak jadi gila makan. semua i nak try. sampai i jadi ketagih makan "sate padang". Okay sate padang tu paling buat i gila hingga i tak kawal pemakanan. Hasilnya, 1 hari i tak dapat keluar pergi mana mana sebab muntah muntah dan i dihantar pergi klinik dan dengan penuh terpaksa i telah di jarum tanpa rela di bahagian belakang "tuutt". Gila dah lama tak kena jarum, sekali bila kena terjerit suara ni terpekik terlolong panggil MAK..MAKKK. Kecoh klinik tu terus. Tapi betul, makanan semua sedap. Tapi kebanyakannya pedas pedas. Tu yang buat perut i ni terus meroyan sebab terperanjat dengan benda benda pedas ni. Kan dah sakit. Padan muka.
Okay cerita tentang percutian pula i pergi Lake Toba. It is the largest lake in south-east Asia okay. This part of Indonesia is non-muslim land so kalau nak makan kena beragak-agak sikit la. Muka-muka orang dekat kedai makan sana semua sama tak tahu nak beza islam ke tak, sekali masak babi. Cis! Nasib bawak makanan awal awal dari Medan. The long drive to Lake Toba from Medan yang mengambil masa hampir 5 jam amat berbaloi baloi walaupun punggung ni telah sempat merasa kebas dek kerana duduk terlalu lama. Tapi seperti yang i cakap tadi memang tak rugi. Punggung kebas ke, sakit badan ke, tu semua mak tak kesah dah. Yang Penting mak happy! Tak tau nak cakap macam mana memang CANTIK GILA. INDAH GILA! SEMUA GILA!

okay yang ini adalah Kota Medan

Kesesakan yang menjadi kebiasaan di Kota Medan. Kalau kita panggil jem, orang Medan panggil "macat".

Langit Medan.


okay i tak tahu nak cakap macam mana. yang i boleh cakap ialah, MURAH!

satu untuk saya, satu untuk saya dan satu untuk saya. ish tamaknya akuu. okay seorang satu.
nah ambik la ambik.

hari kedua di medan. belum habis lagi pusing semua tempat. tengok dekat atas kepala i ada tulisan "Raja Music". cool kan.

okay yang ini di Merdeka Walk. Ramai orang lepak dekat sini malam malam. tempat ni santai. Kiranya kalau orang orang muda lepak sini cool la konon haha ye ye je aku. sambil makan sate padang. uishhh sedap!

ni haa sate padang! sumpah rasa nak jilat skrin ni sekarang. teringin la ya allah mana nak dapat dekat sini. ada siapa siapa tahu dekat mana ada benda ni??

ini ialah martabak. makan cecah dengan kuah apa entah. tapi sangat sedap! i like!

okay ni dah dekat Lake Toba. dah sampai dah.
macam sakai.


perut dah rosak sebab makan benda benda pelik lepas tu terlompat terkinja sana sini. i memang sengaja cari nahas.



Souvenir shops. Sepanjang jalan tu berderet kedai sampai ke hujung. Yang pasti kena masuk semua jadi boleh buat perbandingan harga.


Naik benda warna hijau ni murah okay. Kalau duit malaysia cuma RM 10 sahaja!
kalau ada yang cakap mahal siap la. haha

ish tengok! i dah rindu Lake Toba :(

air dia segar dan sejuk. Jalan depan sikit kepala dah tak ada dekat dasar laut. silap silap lemas weh. kena pakai pelampung kalau nak pergi sampai ke tengah. dalam gila. lagi lagi i yang pendek ni. baru nak maju berapa tapak dah terkapai kapai.

Medan again! last day!

bangunan dekat belakang tu, taxi, baju yang i pakai semuanya biru. macam boria pun ada.
Okay dah selamat tiba di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Welcome Home!











