ada satu lagi paper untuk dilangsaikan pada hari sabtu ni. okay cepat la hari sabtu, cepat la. tak sabar ni nak habiskan. tak sabar nak cuti, tak sabar nak bangun lewat sampai pukul 12 tengah hari dan tak sabar nak jadi penganggur 20 hari. cool kan?
20 hari cuti i nak buat apa ni? duduk dekat rumah mesti rutin dia macam ni hari hari. bangun, mandi, makan, online, tidur kejap, bangun lagi, makan, tengok tv, online, makan dan begitu la seterusnya. lama lama jadi apa entah. langsung tak bertamadun kalau perangai macam ni kan? nak jadi pembantu rumah boleh jugak, tapi gaji bibik jamilah bulan ni kena bayar pada i la. haha macam boleh pulak i ni diharap.
i ingat nak kerja A&W depan rumah i atau Mc Donalds seksyen 3 tu, tapi mesti dorang tak nak terima sebab i cuma kerja 20 hari. jadi jadi jadi nak kerja apa ni? i tak nak buang masa di rumah. bila i duduk rumah pun bukannya ada sumber pendapatan. i nak kerja sebab i nak duit, sebab money is everything. betul tak? well, of course money is the most important thing in life sebab tu orang selalu cakap money is everything. i pun cakap macam tu jugak. can you imagine life without money? haih kalau pergi sunway tengok baju ke kasut ke, kalau tak ada duit main pandang pandang jeling jeling saja lah ye jawabnya.
okay sekarang, semua orang tolong bagi saya kerja. gaji saya tak berkira pun. dalam 20 hari dapat 400 - 500 okay la tu. haha ada tak orang nak i kerja ni?
hmm lagi satu lepas habis exam ni mungkin dalam ahad atau isnin i akan update pasal mini tudung & inner. i akan jual dekat blog ni. harga murah. tak payah risau. i jual mini tudung + inner sekali. semuanya i jual one set, banyak colour tauuu. kalau nak tengok contoh, macam gambar bawah ni. tunggu i update okaaaaay.
Thursday, February 25, 2010
Sunday, February 21, 2010
i ni penipu kan?
aah memang tipu. i cakap i tak nak belog. tapi i belog jugak. apa semua ni?
kan betul kan? macam dekat korea kan? tak pun jepun kan? tak pun china kan? kalau tak betul pun iye kan saja lah.please please!!
lepas tu i cakap i tak nak keluar, tapi i keluar jugak. penipu besar kan i. sila salahkan syaitan. dia yang bisik bisik dekat telinga ni suruh keluar rumah. lepas tu i dah taubat dia ajak pulak i bukak blog ni. konon nak tengok tengok saja lepas tu dia cakap alang alang dah log in berbelog la sikit. ye tak ye jugak.
sebenarnya i tak keluar pergi mana pun. pergi hospital saja. lawat kakak i yang kena tahan dah lima hari. denggi okay, denggi. syukurlah i yang anti-body lemah ni tak kena lagi. alhamdulillah. jadi kepada kak izah, cepat cepat lah sembuh. kuatkan semangat. semua akan baik baik saja. okay?
haih tu la hari tu bukan main exited balik shah alam sebab cuti CNY seminggu. macam macam la yang awak rencanakan. nak pergi sana lah, sini lah, situ lah, tup tup hambik engkau terlantar dekat hospital. bercuti atas katil je lah ye nampaknya. ni la namanya ujian tuhan. sabar ye kak. duduk hospital okay apa, cool gila okay? doktor dia yang lelaki tak payah cakap la semua hensemmm. yang cina hensem, yang india hensem, yang melayu pun hensem. sangat 1 Malaysia kan? sedap mata ni memandang nokk. kalau aku la yang terlantar dekat hospital terus sihat la agaknya. hari ni masuk, esok dah boleh keluar. amboi gatal! apa pun kami semua doakan awak lekas sembuh okaay?
lepas habis masa melawat dekat hospital, kami pun berambus la beramai ramai seisi keluarga dek kerana masa melawat telah pun tamat. tinggallah kakakku bersendirian. okaay horaaaay sebab ayah 1 kereta dengan umi. tiada siapa la dapat halang pergerakan kami lepas balik hospital tu. ceh macam nak pergi mana pulak padahal pergi sacc saja. kecoh gila kan? lepas tu baru pergi i-city! selalu pergi malam sebab lampu dia warna warni terang benderang macam M. Daud Kilau. tapi siang siang pun best okay. suasananya macam dekat china pulak, tak pun korea. tak pun jepun. eh entah la mana mana la.
Friday, February 5, 2010
Tak lah. Saya bukan psycho
setiap hari pergi kolej bila habis kelas i terus balik rumah. tak ada lepak minum ke makan ke. NO! agak bosan. tapi dah biasa. bila pergi kelas area luar kolej, i jalan kaki sorang sorang. dah la penat, seorang diri pulak tu. lagi la rasa penat. bila peluh keluar dari badan pun i rasa peluhnya sorang sorang. tak dapat i merasa sembang sembang dengan kawan macam, "eh panas gile kan, basah tak ketiak u?" tak ada okay. i mengeluh sorang sorang saja dalam hati.
sebab pasal bosan tu jugak la i terpaksa pakai earphone hp i yang cikai ni untuk dengar lagu supaya hilang rasa sunyi, sepi dan eh geli pulak mak tiba tiba. haihh kesian ke tak kesian tu dengar lagu pun pakai hp. okay i tak ada ipod shuffle, ipod touch, iphone, i segala i tu memang tak ada. sila belikan satu.
sebab tu la jugak tiap kali ada assignment berkumpulan bila nak submit saja, lecturer complaint kenapa i buat sorang. nak kata i ni hebat-gila-tak-payah-ada-kawan, memang tak la kan. i punya bodoh ni tahap dah bodoh gilaaa. tapi entah kenapa bila assignment dah kena bagi, orang lain sibuk mundar mandir terpekik "eh kita 1 group okay?", i tetap stay cool diam macam tak ada apa jadi. eh cool ke macam tu? okay tu namanya bukan cool tu namanya bodoh. bodoh tak bertempat. sebenarnya I NAK! nak sangat ada group. tapi entah kenapa tiap kali kena suruh cari group kaki i macam kena ikat pakai tali rafia dan mulut ni macam kena gam gajah. okay la jujur, i tak suka macam terhegeh hegeh pergi cari kawan macam mintak simpati. sebabnya dalam kelas kenapa i tak bercakap tapi bila ada assignment i cari dorang? jadi konklusinya lebih baik bersendiri walaupun acha saptriasa pernah cakap " berdua lebih baik".
sampai satu masa tu ada budak kolej i cakap i ni macam psycho. siap post comment pulak tu. dia cakap i macam ada konflik dalaman. padahal tak ada. sumpah i normal. cuma mungkin i selalu jalan ke hulu hilir sorang diri jadi i nampak macam tak kena agaknya. mungkin i ada senyum sorang sorang atau gelak sorang sorang jadi dia rasa i macam psycho. sebenarnya i ada satu sifat bila i tengah sendiri i suka ingat benda benda lepas, bergantung la pada benda apa. kalau benda yang i ingat tu kelakar i akan gelak. kadang kadang i tak sedar yang i tengah gelak sorang sorang. benda yang tak dapat i kawal. jadi bila orang lain nampak, dia mesti fikir yang i ni tak berapa center dalam erti kata lain i gila, i cacat, i psycho and whatsoever pun la. again, aku tak gila weh. kalau aku gila mungkin benda yang aku tulis dekat blog ni pun gila tahap meroyan. tapi tak! eh ye ke tak. ha betul la. next time nampak aku gelak ke senyum ke pergi la direct tanya dulu. ni kau tuduh aku psycho ingat aku tak sedih ka? punya la bersusah payah aku hari hari menghadap kolej pergi kelas dengan tak ada kawan, jalan sorang sorang, dah la aku kadang kadang menangis dengan rutin aku ni, tapi aku tenangkan juga jiwa ni. kau pulak sedap sedap tak rasa bersalah panggil aku psycho. tengok aku dah emo. ada jugak pakai celak tebal tebal lepak times square lepas ni.
loserrrr. heh

Subscribe to:
Posts (Atom)