Monday, January 18, 2010

malam hari di pak li kopitiam dan kopi print



bosan, jadi main bisik bisik la dengan dinding. pak li punya dinding ni bagus la. sampai jadikan header baru dekat blog ni.

lepas makan, hantar ziad dan kawan dia balik rumah sewa dorang. area seksyen 7 jugak. lepas tu abang akim jiran sebelah rumah i suruh datang kejap lepak kedai dia. so okaay la.

dah terlajak cerita pasal kedai abang akim ni baik buat promosi sikit la. nama kedai dia, kopi print. terletak berdepan dengan pak li. tapi kedai ni di sebelah atas. kalau nak siapkan projek, nak print kerja, terutama untuk budak2 architecture bagus la pergi sini. sambil minum coffee yang berbagai pilihan dengan suasana yang santai lagi layan la kalau masa tu dorang pasang lagu lagu jazz, memang tak balik la siapa yang datang kedai ni sebabnya rasa nak tertidur dengar muzik slow ni tapi jangan risau kerana dalam masa yang sama kita akan jadi segar secara mendadak selepas meneguk secawan coffee. okay yang ni tak betul sangat. aku memandai reka cerita. tapi betul la konsep kedai ni "coffe + printing + lounge". nak lagi detail klik sini, KOPI PRINT.


haa tu pak li yang dekat bawah tu. btw, thank you abang akim. coffee ini berjaya buat saya tak tidur sambil berbelog.


okaay ayah dah call. cepat balik dah pukul berapa ni. kami cakap okay ayah, on the way. di tangga kedai abang akim ni pun sempat juga.

ni pun sama..


okay yang ni last. lepas tu terus balik. sampai rumah semua takut naik atas sebab ayah masih tengok tv. takut kena leter. tapi kakak i dengan yakin naik tangga sambil terkinja kinja gembira dengan bertanya soalan yang agak entah apa apa, ayah, tengok la tudung baru. cantikkan? dan ayah sungguh terbaik kerana memberi respon yang sangat positive dengan memberi sebuah senyuman. wow ayah sangat cool.


Monday, January 11, 2010

main kaki, auww geli !

okay pergi main kaki atau dalam bahasa yang betulnya memanjakan kaki. wow manjanya kaki i. HAHA geli !
kawan baru i. sambil main kaki sempat buat kawan. haha budak budak pun layaan. adik beradik ni dari dubai. yang perempuan dah lupa nama dia, yang lelaki tu i ingat, nama dia abdullah.COMEL !
auww auww geli la tolongg!
okay kaki i dah puas di belai dan di manja
sedih nak tinggalkan ikan ikan tu. bye. mmuaaah untuk ikan.

Saturday, January 2, 2010

First chapter

01 / 01 / 2010

ini helaian pertama dalam tahun 2010. jumpa kawan lama. mariam.

kawan dari kecik lagi. dari zaman kami main tepi longkang, dari zaman kami mainkan budak yang bernama naim, dari zaman kami swimming dekat likas square tiap sabtu pakai bikini ketat dan melekat, dari zaman kami makan sup mangkuk kecil 50 sen di kantin sekolah agama, dari zaman kami masuk dewan dekat gereja tiap kali perhimpunan, dari zaman kau kena kacau oleh si azmi mansur yang berambut belah tepi tu, dari zaman kau dengan aku kena rotan di bahagian punggung berkali kali oleh ustazah liza, dari zaman aku yang tengah obses kumpul candle dan kau suka belikan, dari zaman rambut terhurai hurai sampai la ke zaman tutup aurat dan dari segala macam zaman. sampai sekarang masih ingat semua. fresh lagi dalam otak. bayangkan kita kawan sejak sekolah rendah sampai sekolah menengah. semua benda buat sama sama. makan sama, minum sama, belajar sama, meniru sama, tidur sama, pergi toilet pun kadang kadang bersama juga. hahaa macam mana aku dapat lupa? tak akan.

tahun 2004. masa tu lah semua jadi berubah. kau pindah sekolah. dan aku pun tak lama lepas tu pindah dari kota kinabalu ke shah alam. lepas pindah kita masih call juga tanya khabar, dan lepas tu kadang kadang, dan lepas tu jarang jarang dan lepas tu tiada langsung.

kita jumpa semula lepas tamat sekolah. kita jumpa di friendster. lepas tu kita selalu ym. di sana kita refresh semua, cerita balik pasal dulu dulu, mengumpat si anu si anu. gembira betul sampai dalam ym pun boleh ketawa beriya iya.macamlah kau ada depan mata. yang terharu, tiap kali kau balik malaysia kau mesti transit di KL dulu. kau tak akan lupa untuk jumpa aku. walaupun sekejap. tapi cukup la buat aku selalu ingat kau, dan kau akan selalu ingat aku. jauh macam mana pun kita tetap kawan juga. sampai kau kahwin, sampai kau beranak pinak, sampai bila bila.


i love you & im gonna miss you. okay bye, nangis kejap. hehe take care yeaa.