Sunday, December 26, 2010

DISKRIMINASI

Jangan kawan dengan budak india, india tak bagus. Suka menipu. Cina pun jangan kawan, itu lagi banyak kelentong. Amboi racist nya engkaauu. Habis melayu paling baik la? Amboi melayu pun ada penipu, banyak kelentong, kaki bodek lagi, hambik engkau. Sebenarnya kita ni tak kira la bangsa apa semua sama saja. Good or bad these attittudes depend on the individual la haih come on laaaa. Don't let stereotypes warp your judgments. Sebenarnya kalau nak cerita pasal racial discrimination ni memang banyak. Tapi kebanyakannya melibatkan hal-hal politik juga. So yaaaa, semua orang tahu isu-isu begini di kelaskan sebagai sensitive. Sebenarnya tak sensitive pun kita semua boleh bincangkan isu ini, tapi kita telah terdidik supaya set dalam kepala otak benda begini ialah sensitive. Kalau dekat media, benda macam ni memang tak ada la kan. NO SCREENING OF SENSITIVE ISSUE! Kalau nak borak-borak pasal benda ni dekat kedai makan pun nanti SSSHH ISN'T THIS ISSUE SENSITIVE? Okay fine semua lah sensitive. Sepatutnya critical and constructive public discussion on current affairs related to race, religion or other social issues should not be regarded as "sensitive" la wehh, this is our issue kan? Haihh.

Balik kepada topik asal. Minggu lepas bertempat di hotel citrus kuala lumpur, i ikut bengkel anti-diskriminasi untuk mahasiswa yang dikendalikan oleh fahmi reza. Ye, fahmi reza yang buat dokumentari "10 tahun sebelum merdeka". Kalau belum tengok dokumentari tu, sila tengok. Lepas tengok mesti korang rasa ALAMAK YA AMPUN! 5 TAHUN AKU BELAJAR SEJARAH, KENAPA ORANG YANG BUAT BUKU TEKS SEJARAH TU TAK MASUKKAN CERITA SEBENAR? SEJARAH NEGARA KOT, PERLU KE MAIN SOROK-SOROK? KENAPA TAK CERITA HAL SEBENAR? KENAPA? KENAPAAA? ARGHHH TENSIONNNNNN! haha okay over nya aku!

Okay, yang ni masa hari pertama. Ini adalah persetujuan yang dipersetujui selama berada di sana. Nombor 3 best. TAK PUAS HATI,CAKAP! Ice breaking. Sesi pertama masa mula-mula sampai. Sesi yang membuatkan kita kena bercakap dengan setiap orang. Dekat dahi i tu ada nama cacing. Tapi i tak tahu pun itu cacing. Jadi i kena berusaha cari jawapan dan tanya hint daripada semua orang. I ADA KAKI TAK? I BERBULU TAK? I HIDUP DI DARAT TAK? I BOLEH TERBANG TAK? haa lebih kurang macam tu la.
Diskriminasi yang melibatkan banyak aspek. Boleh jadi dengan kawan-kawan pun ada diskriminasi. Cakap berdasarkan pengalaman la. Kawan-kawan pun kadang-kadang ada yang main diskriminasi jugak.
Expectations.
Apa yang kami takut bila bercakap dan berkongsi pendapat dalam keadaan yang sangat terbuka? Di atas itu ialah jawapannya. Ada kata no fears, bimbang menyentuh perasaan kaum lain, takut dituduh sebagai pengkhianat bangsa, takut kena sumbat ISA dan sebagainya.
Freedom of speech. Tiada benda yang sensitive. Apa yang kita rasa, lepaskan saja.
Paling tak tahan nama DR ROZMEY pun naik sekali.

Aktiviti berkumpulan. Historical timeline.
Isu yang melibatkan perkauman sepanjang tahun 2010.

Ini azlan naif dari unisel shah alam.
Ini khalisah dari utm. Jauh-jauh datang dari johor.
Ini pula nurul dari msu. haha tetiba.
Semua dari lain-lain tempat belajar. Ada dari um, ukm, upm, unikl, help uni, uitm unisel dan ntah dari mana lagi. Semua ni kawan baru kita tauuuu.


Federal constitution and non discrimination. Talk by edmund bon dari bar council.
Sources of stereotype. Group kami kena tulis apa yang terlintas bila dikaitkan dengan kaum india. Memang typical stereotype habis la masa ni.
Sebab masa zaman sekolah dulu si kogilavani dengan thibashini minat RAJANIKANTH maka i pun tulis la RAJANIKANTH. Ni la satu-satunya hero tamil yang i tahu.
Ini kawan baik i tau masa dekat sana, Rinesh. Paling satu kepala. Bila group activity je i mesti nak satu kumpulan dengan dia. Tengok, dia yang india pun ada pandangan tipikal tentang kaum dia sendiri. Sporting gila kan?
Yang ni pula typical stereotype untuk kaum melayu. Yang ni dari group lain. Melayu mudah lupa, cakap tak serupa bikin dll.
Melayu lalang & melayu kaki bodek.

Yang ni filza dari unisel. Yang ni pun kawan paling rapat masa dekat sana. Satu bilik lagi. Sebenarnya dah lama kenal, 2 tahun lebih agaknya kenal tapi tak pernah jumpa. Kenal pun sebab dia ni kawan i punya gf dulu. Jumpa setakat dekat fb je lah selama ni. Sekali terjodoh la pulak jumpa dekat bengkel ni.
With afra yang gila-gila, me and rinesh!
Group discussion.
Lakonan untuk slot pengaruh media kepada umum. I jadi datin yuolss, meletop!
Siapa lagi yang akan membincangkan isu KITA jikalau bukan KITA?
Amboi yang ni pula lakonan untuk babak apa entah i dah lupa. Tapi yang i tahu awang dengan senah ni couple. Amboi muka sama, ngam sangat la tu.
filzazazaza & nurulrulrulrul.
Ha ingat tuu, JANGAN PREJUDIS LA YU OLS!
Voices of students. Listen up!
Sesi terakhir sebelum penutup untuk bengkel anti diskriminasi ni. Masa film screening 10 tahun sebelum merdeka tu i tertidur. Hahaha okay la normal la kan. Masa tu dah tengah malam. Seharian dari pukul 8 pagi tak ada rehat. Bila ada kesempatan nak nak pulak lampu semua switch off tambah pulak air cond yang sejuk gilaaa memang silap besar la kalau i tak tidur. Lepas habis screening ada discussion pula, dah bukak lampu haa masa tu la kantoi i tidur. Malunya ya allah! Ada dalam 10 minint discussion tu dah berjalan baru i terbangun tu pun sebab hp i ada sms masuk. Kalau tak sampai habis slot la i terbuai. Fahmi la tak kasi kawan-kawan kejutkan, okay terharunya. SAYA TERSUNGKUR JUA. Quotes of the day! Sorry fahmi!
Betapa tersungkurnya saya pada waktu itu. Ni afra punya kerja. Dah la ambil gambar, siap post dekat facebook pulak tu. Amboi dajalnya kauuu. Haha nasib tak ada liokk meleleh naa.
Antara 25 peserta yang mengikuti bengkel selama dua hari tersebut. Atas kata sepakat maka tercetuslah pula page "deklarasi citrus" di facebook yang terhad untuk para peserta bengkel. Secret group gituu..
Dah nak balik dah masa ni. Rindu dengan semua.
Soren, siew wei, afra, filza, fahmi, nurul, bobyyyyy!
With bobby again! Oghang sarawak ni! Kamek sayang kitak!
Afraaaaa! Rindu mulut hangsuang kauuuuu. Kutuk depan-depan hamboi!
Jadi binatang pun nak show off. cehh!
Tamat. Selamat tinggal kawan-kawan. Okay sedih, bye.


36 comments:

y-A-n-A said...

ne nak tengok dokumentari tu ek??

best nye kak nurul.. dapat kawan baruuuuu... :DD

liyanaziz said...

wah! soren pun pergi! diskriminasi, hipokrasi and some sort it's a norm in a real life..

Mizz Dayana said...

best nye. :)

najat ;} said...

bagus ade seminar cam gini, hehe. firza kawan saya jugak! :)

fyda razak said...

wow. This program really caught my attention. Ada lagi ke program ni? Mcm mana u join eyh?

HANAN MD NOR said...

OHEMGEE.
adore gila.
I mean im fifteen, and im a huge fan of politics stuff.
Ramai yang macam tak support.
But to finally see someone like you,
a lady pulak tu.
i know have faith :)
thanks.

annna said...

go nurul!
ni lah bakal-bakal lawyer yg kita ingin kan. being a law student totally awesome kan? hehehe. :)

Hamizah Syamimi Supian said...

wow menarik lah bengkel ni..very interesting!

wanniey said...

nurul , if i'm not mistaken , the one yg from utm tu is khalisah . she's my senior . :)

Fathishah Fathir said...

Waaa, looks like fun!

nurul cakapcakap said...

yana, cuba try tgk dekat you tube pun ada rasanya "10 tahun sebelum merdeka".

fyda,program macam ni tak adalah selalu ada, tapi kena rajin lah update.Fahmi reza memang selalu buat benda ni dekat ipta/ipts tp seperti yg semua org tahu dkt um dengan uitm dia mmg tak boleh masuk dah, kena ban.

Hanan, kalau minta teruskan ya! student power!

anna & hamiza. Hehe thanks ya! benda ni memang bagus. dapat ilmu yang susah nak dapat dari mana2.

wanniey, ya ya nama dia khalisah. i baru betulkan. i tersilap letak lydia pulak.

JULYA said...

ade jugak terlintas nak buat pasal entry ni...isu suka kutuk kaum lain. puncanya sebab kita jumpa kaum lain tu yg negatif, so kita fikir yg negatif je pasal dorang. cuba kita jumpa kaum dorang yg baik2 yg sopan santun, takde pun kita nak puji. macam 2 jugak pandangan kaum lain terhadap kaum kita

♥nurulizzatie♥ said...

hey, i kenal afra n filza tuh. hehe :D

nurul cakapcakap said...

julya, sebab tu lah kita jgn jadi prejudis. kalau buat pasal benda mcm tu, let me know k? menarik tu.

izzatie, yaa itu afra & filza:)

c Semut said...

hey nice bengkel..!
things like this should be held last longer.

Ainee Cumi said...

Gila best benda macam ni. Nak join! Nak join! Best! Best! Best! paling kelakar waktu u jadi cacing tapi tak tahu u cacing gelabah pi tanya semua orang. Dats so cute ok!

afrataidinbandaran said...

wahhhaha, kita harus kutuk depan-depan ok. Ape kate orang, freedom of speech. keh3...

Adik comel haruslah gambar tidur diupload ..tee hee

rafiqa said...

haha, afra tu mmg hangsuang pon. tp hangsuang tu hape? haha

nurul cakapcakap said...

haha hangsuang tu something like macam mulut longkang, cakap main lepas ala2 azwan ali laser. tapi tak apa, i paling suka mcm tu! hehe

afrataidinbandaran said...

mulut longkang untuk kebaikan... nyeh2.. bukan kutuk suka2.. wakakak

Nurulbadiah Lai said...

xpernah ade perasaan sebegitu kat dlm diri i..
my chinese and indian fwen baik giler kot..

btw nice pictures honey..

Raudhatul Jannah Jalidar said...

adik manis, siapa yang ajak atau masukkan u ke dalam bengkel tersebut? hmmmm, sungguh budiman lagi baik hati kan? lol ;p

Aida Narina said...

macam best je talk tu nurul :) and talking about stereotypes on judgments, it's a norm to hear/see certain people condemn their own race i.e. 'biasa lah melayu, suka lambat. tak punctual' and etc but not making any effort on changing it. I couldn't agree more on what you've did since you make it public and discuss on it. In a way, you are trying to overcome it..u go girl!

My MiRa said...

wah bengkel yang membina i like!...by the way nice to stay here....panjang benar entry tuan belog ni ek tapi tak jemu2 mira bace dari awal sampai habis...ehehhe

shazika said...

wohaaa...
aktiviti yg menarik

Miss Nadia said...

i know him!!!! Yg 1 group ngn u..Chinese guy, harvey right???

L said...

alolololo. kesiannya datin nurul mengantuk sangat.

Anonymous said...

fas : nurul, selendang tu awak pin dekat belakang ke apa? I mean yg u nak jdkan macam anak tudung tu. dye ta bergerak ke?

Lady Dyla said...

this event sgt bgs k.. beh pon best..!

nadrah said...

"Tak puas hati cakap!" woahh, ILoveIt. Teehee :D

nadrah said...

"Tak puas hati cakap!" woahh, ILoveIt. Teehee :D

Anonymous said...

nak amek gambar yang ground rules tu. boleh tak? jgn risau, diletakkan kreditasinya sekali.

Anonymous said...

ini bermaksud anda mudah di pengaruhi tanpa berfikir.

Lovely iqa said...

hye.. blh x i nk guideline program anti-diskriminasi nie? it's good to share and make it at my uni sbb sekrg isu perkauman mcm wujud blk.. thankz for ur cooperation.. =)

Maira Humaira said...

nice one. i wish i can do something like this. tp bab2 kena belakon tu yg lemah sikit tu. heehe.

hani syahida said...

eh, saya kenal kak Bobby! :)