Thursday, November 26, 2009

memperkenalkan.. MY SUPER BFF !

Masyitah. panggil masy, nak lebih glamour panggil marsha.
Ainil hawa syuhada. panggil ada'. tak ada nama glamour.

nota penting: dua dua tak ada boyfriend.


cool kan kalau kawan dengan budak budak. kalau lepak mana la ada gosip gosip. kuranggg dosa i. hahaa lagi satu kan bila dengan budak budak ni, i rasa i dah jadi macam kakak kakak. sebenarnya kalau ikutkan i memang ada adik. ni dia, JIHA. tapi kami punya mak lain lain. kahwin dua. biasalah ayah kami hensem. haihh. mengikut fakta anak yang keluar dari perut hjh husna iaitu mak i semuanya ada 9 orang. namun atas ketentuan tuhan, seorang telah pergi lebih awal. iaitu abang i. jadi, 9-1=8 dan i lah yang ke 8. bila dicampur dengan mak yang lagi satu, jumlah keseluruhan adik beradik i menjadi 9 orang semuanya. nasib la semua sembilan orang ni dah besar besar. dah banyak yang kahwin. i lagi yang belum kahwin. ehh gatal. okay la kalau semua 9 orang ni kecik kecik, cuba bayangkan bagaimana mak i tersiksa jaga anak anak bertempiaran sana sini.belum lagi poket ayah memang kopak kering kontang la tak payah cakap haha nasib semua dah besar kan. ayah kaya. kaya anak.

:)

Sunday, November 22, 2009

budak budak ni !

Dalam minggu ni pasti sibuk dengan anak anak buah i yang sedang horaaayy cuti sekolah. So semua balik shah alam la. Rumah nenek la katakan. Jadi mahu atau tidak, perhatian yang sewajarnya harus diberi kepada budak budak yang tidak berdosa itu. dan i yang tak berdosa ini juga akan menjaga dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang dan akan meninggalkan dunia maya buat beberapa hari kerana percayalah, diri ini tak akan sempat memanaskan kerusi PC, malah baru duduk saja sudah ada tugas lain yang perlu dibuat. Sebagai contoh, mandikan budak budak tuu, buat susu budak budak tuu, tengok astro ceria bersama-sama budak budak tuu dan sebagainya. Dengan segala hormat dan penuh keterpaksaan, i redha dengan kehendak semasa. Budak budak itu lebih memerlukan diri ini. haaih ayat macam buat surat untuk abang kasim selamat pulak. Okay okay. Bye bye mau tidur. Esok pagi, bangun, bukak mata dan akan mendengar semula suara nyaring kanak kanak riang itu di ruang tamu. okay, pasrah.

Ni la aktiviti cuti sekolah budak budak sekarang. Pergi buat teknik rebonding okay?
guna jari pun boleh.

ajar membaca. okay penipu besar. lepas snap gambar ni, i suruh dorang baca sendiri.


B Y E :(