Ya,saya benar benar kasihan. Bukan kasihan pada orang orang yang serba kekurangan, tapi saya kasihan dengan orang yang kurang pandai menggunakan akal dan kurang ajar dalam perbuatan. Bukankah kita patut kasihan dengan orang yang macam ini?
Saya maksudkan semua ini berdasarkan apa yang terjadi di seksyen 23 shah alam. Tentang masalah kuil yang akan dipindahkan dari seksyen 19 ke seksyen 23. Ingin saya ulas sedikit tentang insiden 50 orang penduduk islam yang mencetuskan kontrovesi dengan mengadakan protes murahan sambil berarak membawa kepala lembu kononnya bagi membantah pembinaan kuil tersebut.
Penekanannya disini, adakah perlu membawa kepala lembu? Kenapa tidak membawa kepala kamu sahaja. Kepala kamu pun kononnya sudah cukup pening memikirkan tentang kuil yang bakal dibina, mengapa pula disaratkan lagi dengan membawa kepala lembu? Dimana letaknya sensitiviti kamu? Itu India kamu letak mana? Itu India kamu ingat tak ada kepala otak jugak ke macam kamu?
Mungkin kamu tidak tahu bahawa haiwan lembu itu adalah haiwan yang dianggap suci bagi agama hindu. Sesungguhnya kamu adalah serugi-rugi manusia, hidup berpuluh tahun tapi tiada pengetahuan. jadi kamu bukanlah hero, tetapi kamu adalah zero! lain kali kalau buat protes lagi bawa la pula kepala anjing, tapir, babi dan sebagainya. biar ada kelainannya pula.
Saya faham kamu mahu kelihatan seperti seorang pejuang, tapi biarlah pejuang yang dipandang tinggi oleh semua orang.bukan menjadi pejuang murahan yang diberi upahan.
Jika kamu mahu berjuang demi islam. Kamu silap. Inilah silap paling bongok yang pernah kamu buat. kamu tidak mahu kuil dibina berdekatan penampatan kamu, dan kamu pun membuat satu protes. protes yang turut menghina agama lain dengan menggunakan lambang kesucian mereka sebagai bahan kamu. tidak cukup menghina agama lain, kamu menghina juga agama sendiri. laungan TAKBIR kamu jadi kan TAKE BEER? wahh anjing haram mana yang ajar kamu ni?
kesudahannya pula, cuba kamu fikir apa perasaan orang yang beragama hindu itu kepada agama islam? dan apa pula perasaan saya yang sesama islam ini dengan orang islam bongok macam kamu ni. Fikirkan.
Macam ni lah, lepas ni jika ada sebarang ketidakpuasan hati apa kata hantar memorandum dahulu. Jika tiada sebarang tindakan barulah boleh dibuat bantahan. Namun biarlah dengan cara terhormat. cara yang punya kesan. bukan dengan bantahan melalui kepala binatang. nampak sangat kamu kamu yang protes pada hari tu bodoh bodoh belaka. otak letak entah di mana. bukan apa, takut takut binatang tu sakit hati disumpahnya pula kamu jadi binatang. Sumpah jadi kucing boleh terima. takut sumpah jadi monyet, beruk dan sebagainya. Ohh menakutkan!