haa ni cerita pasal hitam putih yang tidak terdapat dimana-mana stesen tv sebab dia bukan macam cerita merah putih tv3 tu. cerita tu best kan. tapi da tamat la pulak. okay ni cerita lain. cerita hitam putih ni macam ni mulanya.. kemarin hari rabu, mengikut undang-undang dari lecturer aku mdm lily, semua pelajar harus memakai hitam putih setiap hari rabu. memang sejak sem1 undang-undang ni digubal. tapi memang sudah menjadi lumrah manusia suka melanggar undang-undang. apa yang disuruh, tak di buat. yang tak disuruh dibuat pulak. camna ntah semalam ramai pulak yang tak pakai. memang naik hangin la kan mdm tengok budak-budak kelas hari tu. u all ni makin hari makin naik kepala dah. blablablaa..
lepas tu i dengan budak-budak kelas yang lain semua kena suruh berdiri dekat depan kelas. lepas tu semua pun sibuk la bagi alasan masing-masing. memang macam-macam la alasan. semua kaki kencing.
u pulak nurul, kenapa x pakai?
tadi saya naik bus je mdm. susah nak jalan pakai skirt.(siap buat muka 5sen)
dah la awak tak pakai hitam putih, kena pulak hari ni awak pakai pink pink. aduhh..
malangnya, apa pun alasan.. kami semua tetap diberi hadiah menyeronokkan berupa denda. denda tetap denda! aaaahhh....
u all pegi keluar sekarang. pegi la mana-mana tempat pun cari apa-apa benda yang berwarna hitam putih sahaja. sekarang! saya bagi 5 minit je. kalau tak, tak boleh masuk kelas.
haha terbaik betul la kan. semua pun bekeliaran la dekat bawah cari benda hitam putih tu . Ada jugak yang korek tong sampah. eh macam aku tak pulak kan. euww pengotor! haha wtv la yang penting akhirnya jumpa jugak la benda hitam putih tu. i jumpa dekat acc department. cepat-cepat i lari naik kelas tunjuk aku dah dapat. dengan muka separuh bangga la ni tunjuk depan mdm. haihhh tapi.. ingat denda sudah berakhir. Namun, ku sangka panas hingga ke petang. rupanya hujan ditengah hari (pepatah ni tak ada kena mengena, saja praktis jadi karam singh walia) okay sambung lagi, rupanya denda tak habis lagi di situ. kami kena suruh pulak buat ikrar depan kelas pasal penggunaan pakaian seragam hitam putih ni.
hmm pasrah saja laa..
saya nurul hidayati, id number 01200805 0496 berjanji serta berikrar mulai pada hari ini saya akan memakai pakaian seragam hitam dan putih setiap hari rabu pada setiap minggu.
kalau tak pakai jugak?
madam boleh suruh saya balik dan tukar baju.
okay goood.
