ini adalah senarai hebat sepanjang tahun 2008
- Pilihan Raya Umum ke-12 ! ini lah senarai yang paling hebat sekali dalam kalender 2008. rakyat malaysia menjalankan tugas dengan baik . 5 NEGERI jatuh ke tangan pembangkang! salam takziah buat kerajaan BARISAN NASIONAL. di dalam dewan parlimen pula jumlah pembangkang sudah bertambah dengan jelas sakali. kepada kerajaan barisan nasional, jangan maen-maen. orang-orang dari pembangkang bukanlah calang-calang orang. mereka bukan datang dari golongan yang gilakan TENDER PROJEK ! kalau mahu urusan bisnes jangan masuk politik la datuk ! well skali lagi ucapan tahniah buat PKR yang telah merampas lombong emas kerajaan BN, negeri selangor darul ehsan.tahniah juga kepada rakyat malaysia yang membuktikan bahawa RAKYAT adalah BOSS ! kita pilih siapa yang kita mahu !
- Jun,aku sambung belajar di management & scince university. berjumpa orang-orang baru dan yang x pernah aku kenal dan yang paling best ialah nisa ! dia kawan myspace ,dan x sangka kami satu campus dan kami 1 course dan juga 1 kelas dan dia adalah one of my closest friends sampai la sekarang! hebat kan ?
- Aku kerja di Mc Donalds. paling best hari-hari makan FREE! kerja 12 hari ja pun tapi best gila. rinduuuu !! paling best bila dapat gaji tu. hahh masyuk sial !
- Tengok yuna perform ! masa tu launching album dia di KL pac dan aku pegi okay.pertama kali dan ianya sangat-sangat mengujakan ! thanx yuna .
- percaya atau tidak orang yang paling aku rindu selama ini pada akhirnya bertemu semula. mariam ! orang yang ada dalam hidup aku sejak aku masih kanak-kanak riang dan berpisah pada umur 14 tahun dan bertemu semula semasa umur aku menginjak 18 tahun. it's amazingg ! terima kaseh kepada laman friendster yang menemukan kami semula. dari friendster diteruskan dengan YM ! bayangkanlah aku hanya YM dangan dia tapi aku boleh ketawa sampai terguling-guling sehingga menangis-nangis sgala. ntah apa kejadah .dan hari yang sangat dinantikan iaitu 28 oktobor 2008 pun tiba. mariam selamat tiba di malaysia. dan singgah di kuala lumpur untuk dua hari. dan akhirnya berjumpa walaupun hanya sekejap tetapi maknanya sangat banyak.
- pergi parlimen ! ikut rombongan kelas. sangat teruja dan pertama kali menjejakkan kaki ke sana. paling best dapat tengok perdebatan secara live depan mata. best jugak tengok datuk menteri sebaya ayah kita gaduh dalam parlimen. seriously, dorang gaduh macam budak-budak haha credit to madam lily yang berjaya bawa kami ke sana.
- anwar ibrahim akhirnya kembali ke parlimen ! anwar telah memenangi kerusi permatang pauh dengan majoriti 15,671 undi. tahniah dato' seri ! walaupun dituduh meliwat apa kejadah tapi rakyat lagi pandai menilai mana yang betul mana yang bohong . teruskan lah menipu dan memfitnah, sesungguhnya neraka jahanam sedang tersengih-sengih menunggu kehadiran kamu dan pemimpin keparat itu. siapa? emm fikir-fikir lah yea..
- 2008 juga aku mula rasa sedikit dewasa. sedikit ja la sebab tahun ni aku telah pun berumur 18 ! entah kenapa aku teruja dengan angka 18 tu. sebab aku sudah boleh tengok muvie 18 tahun ke atas agaknya haha
- hujung tahun 2008 juga aku sudah ada seorang yang sangat-sangat lah penting. sangat-sangat lah aku sayang. sangat-sangat lah aku chenta. sangat-sangat lah gembira dengan dia. you make me feel so good and like,like, like I have never felt before hehe wahai pembaca sekalian, sediakan plastik kalau mau muntah. aku x peduli haha.. sekali lagi sebelum pergi , I LOVE YOUUUUUUU !
selamat tinggal 2008
