Awal pagi jumaat minggu lepas selamat mendarat di Penang. Sampai-sampai Penang terus menuju ke UiTM Merbok menaiki van UiTM yang dah disediakan. Terima kasih UiTM! UiTM di hati ku.. Eh tiba-tiba. Okay cerita untuk UiTM Merbok nanti dulu. Kita cerita pasal Penang dulu ya. Yang ni adalah cerita selepas program di UiTM dah selesai. Flight balik KL waktu malam, jadi sisa waktu siang yang ada telah dibelanja dengan sebaik-baiknya di Penang.

Sampai Penang tempat pertama yang di pijak ialah di Queensbay Mall. Masa tu otak dan badan belum berfungsi dengan baik. Jadi cuma singgah beberapa kedai, lepas tu cari makan untuk sarapan pagi. Ni la yang tak syok bila sakit tapi nak berjalan, nak berjalan tapi sakit. Mula-mula macam nak cancel berjalan sebab badan ni tak mampu dah untuk meneruskan langkah kaki. Kiranya tunggu je la flight malam tu duduk diam-diam dekat Penang. Tapi bila fikir balik, RUGI! RUGI! Lepas makan sikit, minum sikit, kumpul semangat sikit, maka perjalanan pun diteruskan. Haa lagu ni laaa!

Ceq dah mai! Cergas dah! Masa ni dekat area Queensbay Mall lagi. Tengah cari sesiapa yang boleh bawa jalan dekat Penang ni. Akhirnya jumpa teksi yang boleh bawa jalan sekitar Penang ni dengan harga sejam RM 30. Murah la tu kan?

"Pi minum dulu lah basah kan tekak hang dah kering sangat tu, pastu boleh ambik gambaq sekali.." Haaa betapa prihatinnya pakcik dekat Penang ni dia dengar kita batuk-batuk tak berhenti, last-last dia berhenti dekat tepi jalan suruh singgah minum. Terharuu!

Lepas melalaui jalan yang bersimpang siur akhirnya sampai juga ke Hard Rock Penang. A place that you shouldn’t miss out!


Eh nuruul.. Awak tak larat pun nak bawak lari benda tu.

Haa duduk elok-elok..


Melewaq sat dekat Rock Shop.

Guitarrrr

Untuk di jual. Tapi tak letak harga, ni mesti sebab harga beribu-ribu lemon.

Get your Hard Rock merchandise at the Rock Shop! Ada badges, pins, lanyards, mugs, caps, t-shirts dan banyak lagi *bunyi iklan*

Okay, lepas dari Hard Rock jalan sikit dekat depan tu ada satu kawasan pantai. Dalam plan memang nak singgah pantai tu, tapi plan bertukar bila terjumpa tempat ni.. Tempat ni macam satu kawasan rumah yang penuh dengan Islamic Quotes. Dari pagar, pokok, motor, helmet, beca, dinding eh pendek kata semuanya penuh dengan petikan-petikan agama dan kerohanian.

Very cool, isn't it?

Lepas dari Batu Feringghi singgah pula ke Masjid Terapung, Tanjung Bunga.

Side view. Cantik kan? New inspiration for Islamic architecture.

Another popular tourist attraction in Penang. Pakcik yang bawa jalan-jalan tu tanya, nak tengok patung buddha tidoq tak? Haa mestilah nak! Maka sampai la ke Thai Buddhist Temple di mana ia juga turut dikenali sebagai Sleeping Buddha Temple.

Tu dia Sleeping Buddha di belakang saya. Ngantuk ye.. hehe

Masa ni dalam perjalanan ke Padang Kota nak pekena pasemboq sat. Tapi sesaknya jalan mak aih! Ada event apa entah. Maka tak ada la rezeki nak ber-pasemboq dekat sana.

Kerana masa itu emas, jadi cuba pasemboq dekat Area Sungai Nibong pun tak apa la walaupun semua orang suruh try pasemboq padang kota. Kita nak mengejar masa, jadi tak sempat nak mengada-ngada dah. Sambar je la apa yang ada.

Asalkan sempat rasa dari tak merasa. Ye dak? Sedap pun sedap. Ceh sedap konon padahal ceq tak reti makan pasemboq, tak tau beza sedap atau tak. Janji makan, dah cukup.

Time is running outtt! Tunggu ceq!

Bayan Lepas International Airport. Aaaaaaaa im not ready for goodbye! But hey hey Penang, awak awesome! Sumpah saya nak datang lagi!